SEOUL – Korea Electric Power Corp (KEPCO) akan bekerjasama dengan syarikat Malaysia, Tadmax Resources, untuk membina loji tenaga gas di negara Asia Tenggara, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
Syarikat utiliti terbesar Korea Selatan itu, berkata pada Rabu, pihaknya telah menandatangani perjanjian pembangunan bersama dengan Tadmax pada September, untuk membina loji tenaga berkeupayaan 1,300 megawatt di Pulau Indah.
KEPCO memegang 25 peratus kepentingan dalam projek bernilai US$1 bilion itu.
Projek berkenaan, menyasarkan mendapat kelulusan akhir kerajaan Malaysia pada suku ketiga 2018 untuk memulakan pembinaan pada akhir 2019.
Pembinaan loji tenaga itu dijangka siap pada tahun 2023 dan berupaya membekalkan elektrik untuk bandar raya Kuala Lumpur, kata KEPCO. – BERNAMA