• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kena Tegur, Chef Wan Minta Nabil Jangan Melatah

oleh
22/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH pertelingkahan antara pelakon, Nabil Ahmad dengan cef selebriti, Prof. Datuk Chef Wan masih lagi hangat menjadi bualan ramai.

Ini melibatkan isu tindakan cef tersebut secara terbuka menegur cara pengacaraan pelakon berkenaan yang dianggap biadab atau kurang ajar.

Semalam, pemilik nama sebenar Ahmad Nabil Ahmad telah memberi amaran kepada Chef Wan agar berhenti daripada berterusan memuat naik status berbaur hasutan di laman Instagram.

Ia dikhuatiri boleh mengundang boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti.

Baca: Status Berbaur Hasutan, Nabil ‘Warning’ Chef Wan

Susulan perkara itu, Chef Wan tampil memberi kenyataan dengan berharap agar tegurannya kepada Nabil dapat diambil secara positif dan tidak dijadikan isu besar.

Menurut cef kelahiran Kota Singa ini, beliau menegur Nabil dengan cara yang baik dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata kesat dalam posting berkenaan.

“Sebagai seorang selebriti, Nabil sepatutnya lebih matang dan tidak mudah melatah seperti ini.

“Kalau Nabil boleh bergurau dengan orang tanpa memikirkan hati dan perasaan mereka, mengapa dia tidak boleh ditegur atas dasar profesionalisme?” katanya dilapor sebuah portal hiburan.

Tambahnya lagi, sekiranya Nabil memasang hasrat untuk melibatkan undang-undang dalam perkara ini, beliau sama sekali tidak gentar dan begitu yakin dirinya menyatakan hal yang benar.

“Saya cakap benda yang betul, mewakili sekumpulan orang yang tidak suka pada cara Nabil bergurau dengan agak melampaui batas di pentas Gegar Vaganza (GV).

“Jika dia kata apa yang dilakukan atas dasar kerja, sila gunakan logik akal agar ia berpada-pada,” tambahnya.

Terdahulu, Chef Wan pernah menegur Nabil kerana beranggapan lelaki itu seolah-olah keterlaluan sehingga membataskan percakapan juri untuk memberi komen.

Juga: Pengacaraan Nabil Dan Jihan Di Gegar Vaganza Dikritik?

Selepas itu, cef selebriti ini sekali lagi menegur Nabil menerusi satu posting di Instagram miliknya dengan mendakwa pengacara itu adalah punca perosak bangsa.

Namun, perkara ini telah ‘dibidas’ oleh Nabil menerusi satu rakaman yang dimuat naik sebagai komen balas terhadap kenyataan yang dilempar oleh Chef Wan.

Lagi: Chef Wan Tuduh Nabil Jadi Perosak Bangsa?

Tidak terhenti di situ sahaja, malah isteri kepada pengacara berkenaan, Zira Ayub dikatakan turut terkena tempias berkaitan kontroversi yang melanda si suaminya itu.

Kaitan: Nabil Teruk Dikritik Netizen, Zira Turut Kena Tempias?

Hmmm… Tak tahu nak komen apa. Apa-apapun kami di Mynewshub berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik lah ya… – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Chef WanNabil AhmadZIRA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nabil Minta Maaf Campak Tanjak

15/07/2019
0

“TIDAK menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu kita, terutama sekali tanjak yang saya pakai,” luah pelakon, pelawak...

Chef Wan Dedah Najib Minta Bantuannya Ketika Bergelar PM

09/07/2019
0

SHAH ALAM - Tokoh Ikon Felda, Datuk Redzuawan Ismail mendedahkan beliau diminta berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada warga Felda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd