Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Jantina Bukan Di Kelangkang,...

BONGKAR... Adalah normal bagi naluri golongan pondan tertarik terhadap lelaki secara seksual kerana...

UMNO Perlu Ada Jawatankuasa...

PADANG TERAP - UMNO perlu mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau dan menjawab isu-isu...

MA63: Sabah, Sarawak Boleh...

Putrajaya hari ini bersetuju untuk menyerahkan kepada Sabah dan Sarawak untuk menentukan ketetapan...

Pameran Ternakan, Festival Makanan...

PUTRAJAYA - Pameran dan Persidangan Ternakan Malaysia 2017 yang akan turut melibatkan Festival Makanan...

Kemas Terap Kepentingan Institusi Diraja Di Tabika

BERA – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menerapkan kepentingan Institusi Diraja, aspek nilai murni dan pengajaran pendidikan Islam serta moral di 11,216 Taman Bimbingan Kanak- kanak (Tabika) di bawah kendaliannya di seluruh negara, tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kemas merupakan institusi pendidikan pertama yang menerapkan kepentingan Institusi Diraja dalam sukatan pelajaran dalam usaha memperkasakannya dari peringkat awal pendidikan.

Katanya, inisiatif memasukkan kepentingan Institusi Diraja dalam subjek patriotisme bertujuan supaya kanak kanak menerima pendidikan dengan baik untuk menghormati institusi itu serta mempunyai asas keagamaan yang cukup sebagai bekalan apabila dewasa.

“Anak-anak muda hari ini sudah semakin tidak menghormati raja sehingga ada yang tergamak mengeluarkan kenyataan atau menggunakan ayat tidak sopan dalam media sosial dan sebagainya.

Ini yang perlu kita tangani dengan memberi pendedahkan kepada mereka dengan kepentingan Institusi Diraja sejak kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Kemas Parlimen Bera di Dewan Ibu Pejabat Polis Bera di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kemas Datuk Amiruddin Ariffin dan Pengarah Kemas Pahang Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata 220,000 murid Tabika di 11,216 Tabika Kemas seluruh negara akan memperoleh manfaat daripada perubahan itu yang dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran patriotisme.


Beliau berkata perkara itu juga selari dengan titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) baru-baru ini yang mahu golongan muda didedahkan dengan kepentingan Institusi Diraja pada peringkat awal.

Ismail Sabri menambah penekanan dalam aspek nilai murni dan pendidikan agama pula penting kerana masalah gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan anak muda.

Selain itu, beliau juga memberi jaminan bahawa kementerian sentiasa memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di tabika Kemas sentiasa relevan dan mengikut keperluan semasa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KEMAS

Kategori