• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Quek, Ketujuh Paling Kaya Di Asia

oleh Ahmad Albab
15/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga Kwek/Quek dari Singapura dan Malaysia merupakan yang ketujuh terkaya di Asia dengan nilai bersih berjumlah US$23.3 bilion, demikian menurut senarai Keluarga Terkaya di Asia Forbes 2017.

Keluarga Ambani dari India berada pada kedudukan pertama dalam senarai buat kali pertama dengan nilai bersih berjumlah US$44.8 bilion diikuti keluarga Lee dari Korea Selatan dengan kekayaannya meningkat US$11.2 bilion kepada US$40.8 bilion tahun ini.

Nilai bersih keluarga Ambani naik sebanyak US$19 bilion susulan saham dalam konglomerat Mukesh Ambani, Reliance Industries, melonjak pada tahun lepas berikutan margin penapisan yang lebih baik dan permintaan yang dihasilkan oleh cabang telekomnya, Reliance Jio.

Secara keseluruhannya, India berada pada kedudukan tertinggi dalam senarai buat kali pertama dengan 18 keluarga, diikuti Hong Kong dengan sembilan keluarga.

Editor Forbes Asia Tim Ferguson berkata nilai kekayaan jutawan yang aktif dan terkaya di Asia membentuk semula kedudukan senarai yang dipacu legasi.

“Berdasarkan saiz India, keluarga Ambani tidak dominan di sana seperti keluarga Lee (Kumpulan Samsung) di Korea Selatan. Bagaimanapun, dengan generasi Mukesh yang akan datang yang terlibat dalam operasi telekom Reliance Jio, ia boleh mencatat sejarah pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara enam keluarga yang tersenarai buat kali pertama adalah keluarga Chey (No.39, US$6.3 bilion) SK Group dari Korea Selatan. Saham SK Hynix mereka, pembekal cip memori komputer, meningkat dua kali ganda selepas ia mengumumkan perjanjian untuk mengambil alih pegangan dalam Toshiba Memory bernilai US$3.5 bilion.

Nilai kekayaan secara kolektif 50 keluarga terkaya di Asia dalam senarai tersebut berjumlah US$699 bilion, naik 35 peratus, berbanding tahun lepas.

Sejumlah 43 keluarga daripada senarai tahun 2016 menyaksikan nilai kekayaan mereka meningkat berbanding tahun lalu susulan peningkatan 25 peratus dalam pasaran saham Asia bagi tahun berakhir 31 Oktober, menurut MSCI AC Asia Index.

Minimum kekayaan bersih untuk layak dalam senarai tersebut adalah US$5 bilion, meningkat US$1.6 bilion, tahun lepas. – BERNAMA

Tags: kaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Generasi hari ini diminta supaya memahami dan bersedia menghadapi realiti baharu bahawa zaman Malaysia 'kaya' dengan hasil...

Lelaki Dipenjara, Denda Guna Kad Pengenalan Palsu Kerja Sebagai Guru Sejak 29 Tahun

Pengemis Kaya Miliki Proton X70

22/02/2024
0

Kuala Lumpur: Hanya berbekal 'muka simpati', seorang lelaki menyara hidup dengan hasil mengemis hingga mampu membeli sebuah kenderaan utiliti sukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd