• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekurangan Bekalan Hanya Libatkan Ubat Tertentu

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA ISKANDAR – Kekurangan bekalan ubat-ubatan di hospital dan klinik negeri ini hanya melibatkan 30 jenis ubat-ubatan dan bukannya merangkumi semua, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata keadaan itu sekali gus menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan terdapat masalah kekurangan dan ketiadaan ubat-ubatan berlaku di klinik dan hospital kerajaan, di negeri ini.

“Ini disebabkan penggunaan dan permintaan tinggi membabitkan ubat tersebut, namun ia tidak hanya berlaku di Johor sahaja tetapi di seluruh negara.

“Jadi pembekal tidak dapat menampung bekalan dalam tempoh serahan atau membekal ubat tersebut secara berperingkat ke fasiliti kesihatan sehingga mengakibatkan gangguan stok ubat,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Dr Mohamad Taslim (Pas-Mahari) yang mempersoalkan isu kekurangan dan ketiadaan ubat-ubatan di klinik dan hospital kerajaan dan bekalan ubatan yang hanya dibekalkan untuk jangka masa pendek hingga menyusahkan pesakit.

Ayub yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, berkata kerajaan sentiasa memastikan setiap pesakit tidak berdepan situasi putus bekalan ubat dengan mengambil beberapa langkah proaktif.

Langkah-langkah itu termasuk menawarkan pelbagai perkhidmatan tambah nilai farmasi bagi meningkatkan dan menjamin kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat susulan mereka.

Malah, katanya syarikat pembekal juga akan dikenakan penalti sekiranya bekalan ubat dibekalkan melebihi tempoh serahan.
“Pelbagai langkah proaktif dan mekanisma pembetulan telah dijalankan bersama syarikat pembekal bagi memastikan bekalan ubat di negeri ini dapat dibekalkan pada kuantiti yang optimum dan masa yang telah ditetapkan.

“Pemantauan dan peringatan juga sentiasa dilakukan dan laporan prestasi pembekal akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan untuk memastikan pembekal mengikut piawaian bukan sahaja kualiti ubat-ubatan, malah kualiti masa yang ditawarkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ubat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

29/09/2022
0

TOKYO - Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd