• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekal Sikap Perpaduan, Elak Berbalah

oleh Ahmad Albab
10/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan meminta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekalkan perpaduan sebagai sebuah unit beruniform dan mengelak daripada berbalah antara satu sama lain.

Beliau juga meminta agar anggotanya sentiasa bersedia dalam menghadapi ancaman bagi memastikan rakyat selamat dan terbela.

“Kita perlu berdiri teguh dalam Sang Saka Biru bagi membolehkan kita terus berjuang demi negara dan rakyat,” katanya dalam ucapan pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Taiping di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini hari ini.

Hasnan menyaksikan Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah menyerahkan jawatannya kepada Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Razlan Ab Hamid.

Harrith Kam yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 40 tahun dilantik sebagai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perak mulai bulan ini dan akan bersara pada 3 Jan 2018.

Selain itu, Hasnan meminta setiap anggota memberikan fokus dengan memelihara integriti menjauhi rasuah, memerangi judi dan jenayah bersindiket serta memberikan penekanan dengan mematuhi polisi satu maklumat bagi satu anggota PDRM setiap bulan.

Katanya Harrith Kam telah menjalankan tanggungjawabnya dengan memastikan ketenteraman awam berjaya dikekalkan dan tugas ketua polis daerah merupakan tugas yang mencabar dan memerlukan pengetahuan yang tinggi.

“Ia melibatkan banyak dasar pasukan dalam membuat keputusan supaya berjalan lancar,” katanya sambil menambah semoga Razlan dapat mencurahkan pengalaman serta ilmu dimiliki untuk dikongsi dalam menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan komited. – BERNAMA

Tags: Perpaduanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd