• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehilangan Pita Data CIMB Disebabkan Kecuaian

oleh Ahmad Albab
16/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu kehilangan pita data sokongan CIMB pada 13 Nov adalah disebabkan kecuaian kakitangan bank itu dan tidak melibatkan sebarang unsur sabotaj, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata laporan berhubung kehilangan pita berkenaan dibuat pihak bank pada hari kejadian itu disedari berlaku di Balai Polis Seapark, Petaling Jaya dan siasatan dilakukan mengikut Sekyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Isu ini membabitkan masalah dalaman CIMB dan mereka juga sudah mengambil langkah keselamatan yang perlu serta mengeluarkan kenyataan mengenainya.

“Jika mereka perlukan bantuan polis, kita akan bantu dan kes berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penutupan perhimpunan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras, di sini, hari ini.

Pada Selasa lepas, CIMB Group Holdings Bhd meningkatkan langkah keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita magnetik mengandungi data sokongan telah hilang dalam perjalanan semasa satu operasi rutin.

Bagaimanapun, CIMB Group mengesahkan pita tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat pengesahan peribadi seperti Nombor Pengesahan Peribadi (PIN), kata laluan atau nombor Nilai Pengesahan Kad (CVV). – BERNAMA

Tags: CIMBData Pengguna
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Cedera Dilibas Pisau Wanita Mengamuk

Next Post

“Cukup Di Set, Tak Perlu Nak Mesra Dekat Luar” – Zul

Related Posts

Data Pengguna Maybank2u Didakwa Digodam, Dijual Di Dark web

Data Pengguna Maybank2u Didakwa Digodam, Dijual Di Dark web

24/07/2024
0

Kuala Lumpur: Ribuan data milik pengguna platform perbankan dalam talian, Maybank2u didakwa digodam sebelum dijual di laman web gelap atau...

Tiada Data Pengguna MySejahtera Diceroboh

20/10/2021
0

PUTRAJAYA - Pasukan MySejahtera di Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan tiada data pengguna dalam aplikasi berkenaan yang dicerobohi susulan aduan...

Next Post

"Cukup Di Set, Tak Perlu Nak Mesra Dekat Luar" - Zul

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd