• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Sah Tidak Beraksi Pada Piala AFC 2018

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara Piala FA, Kedah, sah tidak akan beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) gagal melepasi syarat pelesenan dalam tempoh masa yang ditetapkan AFC.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam kenyataan bersama Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), berkata keputusan tersebut dibuat selepas KFA gagal mengemukakan penyata kewangan beraudit.

Penyata kewangan berkenaan merupakan kriteria wajib untuk dimuat naik ke dalam Sistem Pentadbiran Pelesenan Kelab AFC (CLAS) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM untuk diteliti.

“Sudah jelas dan nyata hanya kelab-kelab yang memenuhi kriteria ditetapkan dalam peraturan mengikut tarikh akhir yang telah ditentukan oleh FAM akan diberikan lesen (AFC dan kebangsaan).

“Sehingga tarikh berkenaan, Kedah tidak menghantar penyata kewangan beraudit mereka yang merupakan kriteria wajib. Ini bermakna, dengan tarikh akhir ditetapkan sistem CLAS dan tarikh FIB bersidang sudah dilewati, tiada pasukan dibenarkan untuk memuat naik apa juga dokumen tambahan,” jelas Hamidin.

Sehubungan itu, beliau menegaskan keputusan untuk tidak memberikan lesen AFC kepada KFA adalah mengikut peraturan yang ditetapkan AFC, sekali gus menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya Kedah tidak diberikan layanan yang adil oleh FAM.

“Andai Kedah diberikan Lesen AFC dan dicalonkan untuk ke Piala AFC, kemungkinan audit daripada pihak AFC bakal mendapati yang lesen telah diberi secara salah dan FAM akan dikenakan hukuman.

“FAM dan FMLLP sama-sama berharap tiada sebarang teori konspirasi atau khabar angin mengatakan yang Kedah tidak diberi layanan yang adil. Kami sendiri cukup berharap yang Kedah akan dapat mengambil bahagian dan berjaya,” katanya.

Beliau menjelaskan FAM dan FMLLP secara kolektifnya bertanggungjawab menguruskan sistem pelesenan kelab di Malaysia dengan FAM berperanan sebagai pihak yang memberikan lesen kelab sementara FMLLP pula bertindak sebagai pihak pentadbir pelesenan kelab.

Pahang dilaporkan merupakan calon terbaik untuk menggantikan Kedah dalam saingan Piala AFC musim depan berdasarkan kejayaan mereka menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Super pada musim ini. – BERNAMA

Tags: Kedah FAPiala AFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendaratan Cemas C130 Hercules Secara Profesional

Next Post

Naikkan Subsidi Bahan Bakar Dibincang Esok

Related Posts

Kedah FA Jangan Tuding Jari, Tipu Penyokong – TMJ

15/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah...

AFC B-16: Aksi Terakhir Kumpulan A Ditangguh Esok

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 membabitkan Malaysia...

Next Post

Naikkan Subsidi Bahan Bakar Dibincang Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd