Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

‘Main Batu’, Jangan Sampai...

TIDAK kiralah permata jenis intan, nilam atau zamrud, jika hati sudah berkenan dan...

Harga Minyak Turun Tak...

Penurunan terbaharu harga minyak pada 1 Januari 2015 bukan satu jaminan bahawa harga...

TNB Tidak Tawar Diskaun...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai tidak mudah terpedaya...

Ahmad Dhani Bebas Dari...

AKARTA - Penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani dibebaskan hari ini dari penjara Cipinang...

Kantoi! Selangor ‘Haram’ Akhbar Kumpulan Utusan, BH

LAWAK… Sama ada ini cuba balas dendam kerana politik, tiada bajet atau sekat kebebasan media, Kerajaan Selangor kini mulai ‘kongkong’ penjawat awam negeri itu termasuk hak baca akhbar harian.

Terbaharu, pentadbiraan negeri termaju itu mula arah semua jabatan, agensi, badan berkanun dan anak syarikat kerajaan Selangor untuk berhenti langgan atau iklan menerusi akhbar terbitan Kumpulan Utusan dan NSTP Group.

Arahan pelik itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya selepas pihaknya mendapati larangan dikuatkuasakan sejak 12 Jun 2008 tidak pernah dipatuhi kakitangan awam Selangor selama ini.

Menerusi pekeliling terkini bertarikh 9 November 2017 (lihat gambar bawah), beliau sekali lagi mengingatkan mereka agar tidak beli akhbar keluaran Kumpulan Utusan dan dengan tambahan baharu iaitu Berita Harian pula.

Ironi, Mohd. Amin dalam memo tersebut memaklumkan penjawat awam terbabit hanya boleh melanggan akhbar Selangor Kini terbitan kerajaan negeri selain Sinar Harian keluaran Karangkraf dan The Star milik parti MCA.

Ini bermakna kakitangan kerajaan negeri itu tidak boleh lagi membaca akhbar Harian Metro, Metro Ahad, New Straits Times dan New Sunday Times yang sama penerbitan dengan Berita Harian dan BH Ahad sejak sekian lama.

Umum sedia maklum enam surat khabar itu adalah keluaran NSTP Group di bawah Media Prima Berhad, manakala Kumpulan Utusan menerbitkan akhbar popular Kosmo!, Kosmo! Ahad, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Dua syarikat persuratkhabaran terkemuka tanah air ini diketahui pro-Barisan Nasional diterajui UMNO yang sering mengkritik kepimpinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan (sebelum itu Pakatan Rakyat) sejak 2008 lagi.


Anehnya, arahan langganan The Star mencetuskan tanda tanya kerana akhbar berbahasa Inggeris No.1 itu diketahui lebih cenderung kepada kepentingan masyarakat Cina termasuk isu kontroversi pesta arak Oktoberfest bulan lepas.

The Star juga pernah dikutuk umat Islam kerana laporan biadab muka depan pada 1 Ramadan lalu menerusi tajuk ‘Malaysia pemimpin pengganas’ dengan gambar jemaah bersolat sunat tarawih di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Akhbar ini turut dikritik pelbagai badan hal ehwal Islam ekoran laporannya didakwa agak ‘bias’ termasuk isu RUU 355 mengenai pemerkasaan kuasa mahkamah syariah dan kemelut anak tidak sah taraf dinasabkan kepada bapa.

Begitu juga Sinar Harian yang diketahui ‘condong’ laporan pemberitaan terhadap blok pembangkang serta tidak pernah diketahui tahap edaran bersihnya kerana bukan anggota firma bertauliah Audit Bureau of Circulations.

Terdahulu, kerajaan Selangor konon mendakwa amal kebebasan bersuara, pernah bertindak ‘lucu’ usir stesen Selangor FM milik Jabatan Penyiaran Malaysia dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 2008.

Setakat ini, belum ada lagi sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) atau komen dua syarikat media cetak terbabit berhubung isu larangan agak ‘berat sebelah’ itu. – Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Kategori