• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Kondominium

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Jalan Pandan 3/11, Pandan Jaya, Selangor petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.45 petang.

“Petugas ambulans dari Hospital Ampang yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kanak-kanak yang berasal dari Sabah itu meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama kakaknya, berumur 10 tahun yang dijaga oleh ibu saudara mereka berikutan ibu bapanya keluar bekerja.

“Semasa kejadian, mangsa dipercayai bermain bersama kakaknya di balkoni berhampiran ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba memanjat pagar balkoni lalu terjatuh,” katanya.

Mohd Zaid berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd