• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki Mangsa Dera Meninggal Dunia

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Kanak-kanak lelaki yang sebelum ini koma selepas didakwa didera di Kampung Paya Lahar Kepah, di sini Rabu lepas, meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Nor berkata Kong Chaw Wan, berusia setahun empat bulan meninggal dunia kira-kira 10.45 pagi ini selepas keadaannya semakin kritikal dipercayai akibat pendarahan otak kerana dipukul dengan benda tumpul di kepala.

“Selepas koma sejak Rabu lepas mangsa yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang gagal diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk pendarahan otak.

“Selain pendarahan otak,mangsa turut mengalami lebam di dahi dan pipi kanan, lebam di bawah mata kiri serta luka lama di bahagian dada, tangan serta kaki di percayai didera, ” katanya di sini hari ini.

Susulan itu katanya kes tersebut diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata seorang wanita Indonesia berusia 26 tahun ditahan sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan kes itu.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Rabu, wanita itu dan suaminya warga tempatan membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kepala Batas, di sini kerana tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke HPP kerana kritikal.

Wanita itu mendakwa anaknya terjatuh ketika sedang bermain dan dahinya terhantuk ke lantai ruang tamu rumah mereka sebelum tidak sedarkan diri dan menurut doktor mangsa yang cedera parah di kepala di syaki mengalami pendarahan di otak akibat impak kuat daripada objek tumpul di dahi dan di pipi kanannya, bukannya terjatuh. – BERNAMA

Tags: Kes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

02/06/2023
0

KANGAR: Pasangan suami isteri ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes mendera seorang wanita mualaf warga emas sehingga meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd