Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

KKM Cadang ‘Lockdown’ Kota...

KOTA KINABALU - Daerah Kota Kinabalu dicadangkan dikenakan lockdown berikutan peningkatan kes koronavirus...

Cuba Rogol Anak Sendiri

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa yang tergamak cuba merogol anak gadisnya berusia 12...

Guardiola Mahu Jadi Jurulatih...

PEP Guardiola mendedahkan impian sebenarnya untuk menguruskan pasukan antarabangsa satu hari nanti. Bos Manchester...

Iklan Suruh Jaga Kesihatan...

KEBANYAKAN iklan yang diterbitkan di negara Thailand sememangnya unik dan kreatif serta lain...

Kakitangan AADK Direman 7 Hari

KOTA BHARU – Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini membenarkan permohonan reman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan terhadap seorang kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Tanah Merah yang disyaki menerima suapan.

Perintah reman tersebut yang bermula hari ini dan berakhir Rabu depan itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Nor Faizah Abdullah.

Terdahulu, suspek yang ditangkap oleh SPRM petang semalam di Tanah Merah, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira 10 pagi hari ini dengan diiringi beberapa pegawai SPRM Kelantan.

Semalam, Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsudin Yusof dipetik sebagai berkata menahan suspek selepas disyaki meminta suapan sebanyak RM500 daripada seorang pengadu sebagai balasan menyelesaikan waran tangkapan kerana positif ujian saringan air kencing.


Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memberi atau menawarkan suapan. – BERNAMA

Kategori