• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Kekal Sebahagian Besar Pemain Musim Ini

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengekalkan sebahagian besar pemain pasukan Kelantan musim ini bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pemain yang dikekalkan ialah penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan Mohamad Ramadhan Ab Hamid, lima pemain tengah iaitu Mohd Rozaimi Azwar, Faizol Nazlin Sayuti, Mohd Syafiq Abd Rahman, Muhamad Fadhilah Mohd Pauzi dan Muhammad Amir Zikri Pauzi.

Empat permain pertahanan yang dikekalkan ialah Mohd Nasharizam Abdul Rashid, Mohamad Azwan Mohd Aripin, Faris Shah Rosli dan Mohd Farisham Ismail manakala posisi penyerang ialah ​​​​​​Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi.

“Kami juga memasukkan kembali pemain pertahanan musim ini yang dipinjamkan kepada pasukan Negeri Sembilan iaitu Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim bagi memperkuatkan pasukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bibi Ramjani berkata KAFA juga turut mengekalkan empat pemain tengah Piala Presiden Kelantan iaitu Muhammad Danial Ashraf Abdullah, Mohd Imran Samso, Nik Akih Nik Mat dan Saiful Alias serta seorang penyerang Nik Azli Nik Alias.

“Hanya seorang pemain import musim lalu dikekalkan iaitu Morgaro Gomis (pemain tengah) manakala bagi jurulatih buat masa ini kami bersetuju mengekalkan Sathit Benson bagi mengendalikan latihan yang akan bermula pada 20 Nov ini,” katanya.

Beliau berkata bagi tiga pemain ‘otai’ Kelantan iaitu ketua pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi, pemain tengah Indra Putra Mahayuddin dan penyerang Mohd Nor Farhan Muhammad, pihaknya dalam proses berunding dengan pemain tersebut.

“Kami juga meminta barisan kejurulatihan pasukan melakukan penilaian ke atas pemain tempatan dari luar Kelantan yang berhasrat menyertai pasukan Kelantan selain melakukan penilaian terhadap pemain import,” katanya.

Dari aspek penajaan pasukan musim depan, beliau berkata pihaknya masih melakukan perbincangan dengan pihak penaja yang mahu membuat tajaan. – BERNAMA

Tags: KAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Telekomunikasi Lebih Baik Dinikmati Penduduk Raub

Next Post

Kereta Kena Tarik, Pemandu Teksi Meraung Minta Simpati

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Kereta Kena Tarik, Pemandu Teksi Meraung Minta Simpati

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd