Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Selamat Maju...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju...

‘Banduan Kacak’ Gegar Pertunjukan...

SEORANG jejaka yang juga bekas banduan baru-baru ini menjadi terkenal apabila menghangatkan laman...

Raja Muda Perlis Mahu...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu semua tenaga...

Pemotongan Subsidi Bahan Api...

SHAH ALAM - Kerajaan akan meneruskan tindakan untuk memotong subsidi bahan api pada...

Jualan Proton Meningkat 13% Pada Oktober 2017

KUALA LUMPUR – Jualan Proton meningkat 13 peratus kepada 5,083 unit pada Oktober 2017 daripada 4,498 unit pada bulan sebelumnya.

Bagi Januari-Oktober 2017, ia mencatat kenaikan jualan 6.0 peratus kepada 61,380 unit daripada57,734 unit pada tempoh yang sama 2016.

Dalam kenyataan hari ini, Proton berkata kereta model Saga dan Persona menjadi pilihan utama dan terus menguasai aliran itu, serta menyumbang 70 peratus kepada jualan kereta​ ​​​​​​keseluruhan, dengan​​​​​​​sebanyak 26,343 unit Saga dan 16,833 unit Persona telah terjual.

“Persona, selepas pelancarannya, menyaksikan peningkatan 57.5 peratus setakat ini dengan 16,833 unit telah dijual berbanding 10,687 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Evolusi ke atas Persona generasi baharu itu menarik perhatian peminat Proton memandangkan​​​​​​​ kereta itu tidak hanya ditampilkan serba baharu, malah ruang simpanan barang berkapasiti 510 liter menjadikan ia pilihan popular dalam kalangan pelbagai pelanggan,” menurut Proton. – BERNAMA

Kategori