• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPS Kelantan Belanja RM1.9 Juta Selenggara Sungai

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan membelanjakan sebanyak RM1.931 juta bagi memulihara dan menyelenggara sungai-sungai di negeri ini pada tahun ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata JPS Kelantan turut memperuntukkan sebanyak RM558,481.47 sebagai peruntukan tambahan untuk melaksanakan kerja-kerja kecemasan di luar jangka sebagai persediaan sebelum atau selepas banjir.

“Peruntukan kecemasan luar jangka itu digunakan bagi memulih kembali jalan atau jambatan yang rosak serta memulihkan struktur kawalan (banjir) dan pembetung di seluruh jajahan.

“Selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM57,000 kepada JPS cawangan Kota Bharu untuk tujuan persiapan bagi menjamin air dapat mengalir lebih baik,” katanya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) yang ingin tahu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menghadapi banjir pada 2017 khususnya di bandar Kota Bharu dan kawasan-kawasan yang sering berlaku banjir.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan negeri, berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan JPS Kelantan bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Pantai Pulau Kundur.

“Sebahagian projek hakisan pantai telah dilaksanakan di Kuala Besar serta Pantai Pulau Kundur dan pada masa sama, kita berjaya atasi masalah bot nelayan yang tidak dapat mendarat di jeti kerana muka kuala yang cetek,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang).

Wan Ubaidah ingin tahu sama ada kerajaan negeri telah mengorek muka kuala Kuala Besar yang semakin cetek sehingga menyukarkan nelayan untuk mendarat di jeti serta sebarang projek untuk mengatasi hakisan pantai di Pantai Pulau Kundur. – BERNAMA

Tags: JPSsungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

01/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran sebuah kolej swasta di Bandar Sunway, malam tadi. Mayat yang hanya...

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

13/09/2025
0

Ipoh: Polis mengklasifikasikan penemuan mayat dalam bungkusan di tepi sungai berhampiran tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd