Friday, May 17, 2024

Creating liberating content

7 Cedera Pemandu Teksi...

MOSCOW (Reuters) - Seorang pemandu teksi membawa kenderaannya merempuh pejalan kaki berhampiran Red...

MPAJ Jalankan Aktiviti Berterusan...

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berterusan menjalankan 'Aktiviti Kawalan Tikus'...

IKEA Tarik Balik Buaiannya...

KUALA LUMPUR - IKEA hari ini menggesa pelanggannya yang mempunyai buaian kanak-kanak GUNGGUNG...

Pengurus Jualan Hotel Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus jualan sebuah hotel mengaku tidak bersalah hari ini...

Jessica Dilantik Timbalan Gabenor BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kementerian Kewangan telah meluluskan pelantikan Jessica Chew Cheng Lian sebagai Timbalan Gabenor BNM yang baru bagi menggantikan Dr. Sukudhew Singh yang bakal bersara pada 31 Disember ini.

BNM dalam satu kenyataan media berkata, Jessica selaku Timbalan Gabenor BNM akan bertanggungjawab terhadap peraturan dan pembangunan sektor kewangan termasuk sistem pembayaran, sektor pembangunan organisasi dan perkhidmatan perkongsian berpusat.

“Jessica yang pada masa ini Penolong Gabenor BNM bertanggungjawab terhadap pembangunan peraturan dan dasar dalam sektor perbankan dan insurans yang memberi tumpuan kepada kecekapan, inovasi, institusi pasaran dan struktur, pembangunan kewangan dan pembangunan bakat.

“Beliau juga bertanggungjawab untuk pembangunan sistem pembayaran dan peraturan dan pengawasan terhadap perniagaan perkhidmatan wang,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut BNM, Jessica juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari BNM dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan serta memegang beberapa jawatan penting lain dalam sektor kewangan.

Jelas BNM, Jessica menyertai BNM pada tahun 1993 dan memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam bidang perakaunan dan kewangan dari University of Melbourne, Australia. -MYNEWSHUB.CC

Kategori