• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Dapat Khidmat Pemain Kacukan Malaysia-Barbados

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir melengkapkan barisan pemain import untuk saingan Liga Malaysia 2018 selepas mendapatkan khidmat pemain berdarah kacukan Malaysia-Barbados, La’Vere Corbin-Ong.

Pemain kelahiran London, England itu yang boleh beraksi di posisi pertahanan kiri dan kanan, sebelum ini beraksi dengan kelab Liga.

Pemain berusia 26 tahun itu boleh mewakili skuad Harimau Malaya memandangkan ibunya, Elizabeth Ong merupakan rakyat Malaysia yang berkahwin dengan warga Barbados, Lawrence Corbin, namun beliau perlu melepaskan kerakyatan Kanada yang dipegang ketika ini.

Untuk rekod, Corbin memulakan kariernya selama empat tahun bersama kelab Argyle Pipers di Kanada pada 2005 sebelum beraksi dengan kelab Capilano Blues ketika menuntut di Universiti Capilano di Vancoucer, Kanada.

Beliau meneruskan karier bersama kelab profesional Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS), Vancouver Whitecaps pada 2011 sebelum menyertai kelab FC, Pommern Greifswald yang beraksi di kelab Divisyen Lima Liga Jerman dari 2012-2014. Divisyen Dua Belanda, Go Ahead Eagles, demikian menurut laman Facebook rasmi JDT; Johor Southern Tigers.

Corbin kemudiannya menyertai kelab Divisyen Empat Liga Jerman, Berliner AK 07 selama dua musim dari 2014-2016 sebelum meneruskan karier bersama kelab Divisyen Tiga Liga Jerman, FSV Frankfurt pada awal 2016, namun memutuskan menyertai pasukan Go Ahead Eagles pada Julai lepas.

JDT sebelum ini mengumumkan kepulangan dua bekas pemain import mereka dari Argentina iaitu Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa selain pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun yang kembali memperkuatkan pasukan berkenaan setelah dipinjamkan selama semusim ke kelab Liga Singapura, Home United. – BERNAMA

Tags: La'Vere Corbin-Ong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd