• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Bersiap Sedia Jika Balai Bomba Ditenggelami Banjir

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan lokasi penempatan khas untuk anggota dan peralatan untuk balai bomba yang ditenggelami banjir bagi memastikan tugas menyelamat mangsa banjir tetap dapat diteruskan dengan lancar.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahit berkata tindakan itu mengambil kira banjir yang berlaku pada 2014 di mana terdapat beberapa balai bomba di jajahan Kuala Krai dan Tanah Merah yang terjejas akibat banjir sehingga menyukarkan operasi membantu dan menyelamatkan mangsa banjir.

“Langkah tersebut antara strategi JBPM, dan penempatan khas itu akan dilengkapi dengan segala peralatan sama sepertimana yang terdapat di balai bomba,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan udara kawasan yang dilanda banjir di negeri ini, di sini hari ini.

Beliau berkata melalui langkah tersebut, anggota bomba di kawasan terbabit tidak perlu menunggu anggota daripada kawasan lain untuk datang membantu.

“Kita akan tingkatkan keanggotaan di situ dengan segala peralatan seperti bot dan lori supaya kita berupaya memindahkan mangsa ke kawasan selamat dengan cepat,” katanya.

Soiman berkata tinjauan udara itu mendapati paras air Sungai Kelantan sudah meningkat dan beberapa jajahan sudah dilanda banjir khususnya di Pasir Mas dan beberapa daerah lain.

Beliau berkata adalah penting memindahkan mangsa dengan secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian kehilangan nyawa. – BERNAMA

Tags: BanjirDatuk Soiman Jahit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Tidak Wajar Penaja Tarik Diri Kerana Saya’ – TMJ

Next Post

Pengusaha Kosmetik Bersaing Dalam Pasaran Antarabangsa

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Pengusaha Kosmetik Bersaing Dalam Pasaran Antarabangsa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd