• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Guna Isu Agama Dalam Politik – KM Sabah

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sekali lagi meminta agar ‘orang politik’ tidak menggunakan isu berkaitan agama dalam politik.

“Politik ialah politik dan agama adalah agama. Kita mesti hormat menghormati agama masing-masing. Oleh itu janganlah mengunakan isu agama dalam politik masing-masing.

“Kita lihat sekarang ini, khususnya pembangkang suka menggunakannya (isu politik). Kita di Sabah sentiasa hidup bersatu padu, menghormati antara satu sama lain… jadi kita tidak perlu bezakan antara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Biskop Datuk Melter Jiki Tais di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini. Turut serta dalam kunjungan itu Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai.

Musa berkata kerajaan negeri sentiasa menghormati semua agama yang ada di Sabah.

“Perasaan kekitaan dan kesepaduan amat penting untuk kita di Sabah dan Malaysia untuk memastikan negara terus maju dan berjaya dalam apa sahaja bidang,” kata ketua menteri.

Sementara itu, Melter mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Musa yang juga Menteri Kewangan negeri kerana terus memberi sokongan kepada Majlis Gereja-Gereja Sabah.

“Setiap tahun kerajaan negeri memberi bantuan kewangan untuk mengadakan sambutan Krismas dan pada tahun ini kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk mengadakan acara ‘KK Christmas Celebration 2017’ di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 12 Dis ini.

“Bukan itu sahaja, saya bagi pihak Majlis Gereja-Gereja Sabah berterima kasih kerana setiap tahun kerajaan negeri terus memberi peruntukan kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tahan Musa Aman, Didakwa Petang Ini

05/11/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menghadapi...

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd