• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalaluddin Hassan Dan Rapidah Kini Suami Isteri

oleh AK-47
12/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS setahun hidup solo susulan kematian arwah isterinya, kini pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan tidak hidup secara bersendirian lagi.

Dengan sekali lafaz, Jalaluddin sah menjadi milik Rapidah Abd Ghani, 44, pada pukul 10.55 pagi.

Mereka disatukan oleh Lokman Abd Ghani yang juga merupakan abang kepada pengantin perempuan di hadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Mohd. Faisal Mohd. Noor.

Rumah Allah yang terletak di Cheras, Selangor itu menjadi saksi penyatuan mereka dengan sekali lafaz beserta mas kahwin RM300. Khabarnya wang hantaran yang diberikan adalah dirahsiakan.

Aktor berusia 63 tahun itu turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Khabarnya Rapidah turut menerima sebuah kerusi urut berharga RM20,000 sebagai hantaran pernikahan ini.

Sudah pasti kedua-duanya bersyukur dan gembira dengan kehidupan baharu yang bakal dimulakan mereka dan mengharapkan ‘masjid’ yang dibina kekal selamanya.

“Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan dengan baik dan dapat diraikan bersama keluarga dan sahabat handai.

“Doakan kebahagiaan kami agar perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat,” katanya dipetik mStar Online.

Pasangan ini diraikan kira-kira 100 tetamu dalam majlis ringkas diadakan di perkarangan masjid. Ini termasuklah ahli keluarga serta rakan-rakan artis seperti Ashraf Muslim, Den Wahab dan Arash Mohamad.

Bulan lalu, Jalaluddin mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi dengan seorang ibu tunggal. Apa yang menariknya Facebook menjadi tempat pertemuan mereka.

Pada 5 November tahun lalu, Jalaluddin telah kehilangan isterinya, Datin Hashimah Mad Ehsan selepas 40 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Rapidah pula mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai! Semoga ikatan terjalin berkekalan dan berbahagia selamanya! – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: artis berkahwinDatuk Jalaluddin HassanRapidah Abd Ghani
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Joe Flizzow Selamat Bertunang, Nikah April 2020

30/12/2019
0

PENYANYI hip hop popular, Joe Flizzow mula bersedia untuk berkahwin selepas kematian bapanya, Ishak Nengah yang juga bekas pembaca berita...

Ain Edruce Sudah Bergelar Isteri Orang

14/12/2019
0

"SAYA akan tetap aktif dalam kerjaya seni walaupun sudah bergelar isteri orang. Suami pun faham dan menyokong minat saya," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd