• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Imigresen Perlu Tambah Baik Kaedah Keluar I-Kad

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 824,119 kad pekerja asing (i-Kad) daripada 5,449,989 jumlah i-Kad yang dicetak bagi tahun 2014 hingga Mac 2017, gagal diserah, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini.

Sebanyak 3,041,254 i-Kad (55.8 peratus) pula berjaya diserahkan manakala 1,584,616 daripada jumlah i-Kad yang dicetak itu, didapati tiada status iaitu kad yang telah dicetak untuk serahan kepada majikan, status sama ada i-Kad itu telah diterima atau tidak oleh majikan tidak dapat disahkan.

Sehubungan itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) disyorkan untuk menambah baik kaedah dan prosedur pengurusan pelaksanaan mengeluaran i-Kad yang merupakan dokumen pengenalan diri bagi pekerja asing yang dikeluarkan bersama Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Laporan itu turut mengesyorkan pihak JIM menyegerakan proses pewartaan i-Kad dan mengambil tindakan segera mengenai integrasi dan koordinasi dengan agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan cara mengeluarkan surat pemakluman penggunaan i-Kad dan mengadakan mesyuarat bersama bagi mengiktiraf penggunaan i-Kad sebagai dokumen rasmi pekerja asing.

Selain itu, JIM juga perlu meningkatkan pemantauan terhadap serahan i-Kad bagi memastikan tiada kelewatan penerimaan i-Kad oleh majikan dan penalti dikenakan terhadap kontraktor atas kelewatan yang berlaku.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Disember 2016 hingga bulan Mac 2017 mendapati objektif pelaksanaan i-Kad sebagai dokumen pengenalan diri pekerja asing tidak tercapai kerana terdapat i-Kad gagal diserah, lewat diserah dan pekerja asing masih ditahan oleh pihak penguat kuasa walaupun mempunyai i-Kad.

“Sebanyak 260,795 i-Kad lewat dicetak melebihi tempoh sepatutnya i-Kad diserah manakala sebanyak 931,729 i-Kad telah lewat diserah kepada majikan bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016 iaitu melebihi 35 hari dari tarikh cetakan PLKS,” kata laporan itu.

Pengeluaran i-Kad adalah berdasarkan tujuh sektor pekerjaan yang dibezakan dengan warna yang berlainan iaitu sektor ekspatriat (emas), pertanian (hijau), perladangan (jingga), pembinaan (kelabu), perkhidmatan (kuning), perkilangan (merah) dan pembantu rumah (coklat). – BERNAMA

Tags: I-Kad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd