• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Armada: PPBM Tampil Ke ROS Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersedia disiasat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu depan berhubung pelbagai isu termasuk berkenaan penggunaan istilah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang didapati tidak terkandung dalam perlembagaan parti tersebut.

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang ditemui media di sini hari ini berkata ROS telah menghubunginya baru-baru ini untuk memintanya tampil memberikan keterangan, Selasa depan.

“Sebagai setiausaha agung, kita akan beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melihat perkara-perkara yang dibangkitkan oleh mana-mana anggota,” katanya sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat bulanan PPBM peringkat negeri di Pejabat PPBM Bahagian Johor Bahru, di sini.

Beliau mengulas beberapa kemelut yang melanda parti itu akhir-akhir ini termasuk hal diberi kata dua oleh ROS, sama ada untuk menyelesaikan segera masalah penggunaan istilah Armada atau berhadapan tindakan pertubuhan itu dibatalkan.

PPBM juga didakwa telah memecat beberapa anggota Armadanya sehingga menyebabkan ada aduan dibuat kepada ROS.

Selain itu, terdapat aduan daripada anggota yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana mesyuarat agung sehingga kini, belum dilaksanakan.

Kata Shahruddin, PPBM tidak akan menghalang mana-mana anggotanya daripada membuat aduan kerana itu adalah hak mereka.

“Saya tak boleh nak kata apa. Ini hak anggota. Negara mengamalkan demokrasi, jadi kita amalkanlah itu.

“Namun, saya berharap apa-apa permasalahan yang berlaku di peringkat bahagian harus dilaporkan kepada kita (kepimpinan tertinggi) dahulu supaya tindakan susulan dapat dilakukan mengikut peraturan dan perlembagaan parti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Armada PPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bila Nak Siasat Kes Tanah Armada Perak? – Najib

28/05/2021
0

INI seruan bekas ketua komunikasi PPBM ARMADA Perak untuk terus bersuara melawan Najib sebab: 1) Hujah Najib sukar untuk dipatahkan.(Macam...

“Wan Ahmad Fayshal Kena Sekolah Dengan PKR”

29/11/2020
0

ARMADA PPBM perlu muhasabah diri dan belajar menghormati pengorbanan orang lain. Jangan bersikap bongkak mendabik dada. Semalam YB Senator Wan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd