• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ISN-Yakeb Tawar Bekas Atlet Kursus Jurulatih Profesional

oleh AK-47
04/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas mengharumkan nama negara di persada dunia, kini bekas atlet kebangsaan berpeluang menabur bakti sebagai jurulatih profesional menerusi Kursus Sains Sukan Tahap 1 di bawah Program Inisiatif Pendidikan Berterusan anjuran bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Penaung Yakeb, Datin Seri Rosmah Mansor berkata menerusi program tersebut lebih ramai barisan jurulatih dalam kalangan bekas atlet yang berpengetahuan tinggi dalam bidang kejurulatihan dan sains sukan dapat dilahirkan.

Beliau berkata matlamat Kursus Sains Sukan Tahap 1 adalah untuk melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains sukan supaya dapat memajukan lagi corak dan kaedah kejurulatihan terkini.

“Saya percaya bahawa untuk menjadi jurulatih, anda semua perlu mempunyai ilmu sains sukan, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk meningkatkan lagi potensi atlet dengan kaedah yang betul dan berkesan.

“Justeru, saya menyeru kepada semua ahli YAKEB dan bekas atlet sekalian supaya mengambil peluang tersedia ini untuk meningkatkan lagi ilmu di dalam bidang sains sukan,” kata Rosmah yang juga isteri perdana menteri ketika berucap pada majlis perasmian Program Inisiatif Pendidikan Berterusan-Kursus Sains Sukan Tahap 1 di Dewan Perdana, ISN Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN, Dr. Mohd Khairi Zawi.

Kursus tersebut yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini mempunyai beberapa sesi antaranya Falsafah Sukan, Anatomi dan Fisiologi Sukan, Pemakanan Sukan, Perubatan Sukan, Biomekanik, Suaian Fizikal dan Psikologi sebelum menjalani ujian pada sesi terakhir kursus.

Sementara itu, Abdul Azim percaya kursus yang disertai hampir 80 peserta itu mampu menjadi motivasi kepada para bekas atlet negara untuk meningkatkan pengetahuan ke tahap yang lebih tinggi selain mengukuhkan kerjaya selepas bergelar atlet.

“Pengalaman yang dimiliki bekas atlet kebangsaan sangat berharga dan ia perlu dimanfaatkan sebaiknya kerana menerusi pembelajaran profesional ia mampu memberi impak yang besar. Kursus ini akan memberikan satu lesen untuk mereka menjadi seorang jurulatih yang berwibawa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datin Seri Rosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR – “Keputusan DNAA semalam untuk suami saya adalah benar-benar satu rahmat daripada ALLAH, yang dimakbulkan melalui doa dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd