• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imtiaz, Acuan Insan Duniawi Dan Ukhrawi

oleh Ahmad Albab
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Penubuhan Sekolah Menengah Imtiaz (Imtiaz) di bawah Yayasan Terengganu yang menggabungkan akademik dan al-Quran bertujuan melahirkan profesional Islam.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata bagi meneruskan legasi terdahulu, beliau meneruskan pendidikan sebagai teras utama Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dan Imtiaz adalah sandaran meletakkan agama Islam di kedudukan tertinggi.

Ahmad Razif berkata Imtiaz, menggunakan modul pembelajaran yang menggabungkan akademik dan al-Quran, bagi membentuk inti pati Ulul Albab yang dikenali sebagai Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

“Sekolah lain sistem pembelajarannya dipisahkan antara akademik dan agama, tetapi menerusi Imtiaz, kami menggabungjalinkan kedua-dua konsep ini iaitu agama dan akademik bagi melahirkan generasi Ulul Albab,” katanya kepada Bernama.
Mula beroperasi di Besut pada tahun 1999, hasil inisiatif Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh, sekolah yang menggabungkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan pengajian al-Quran itu mula mencuri perhatian rakyat Terengganu.

Kejayaan itu mendorong pembukaan Imtiaz kedua di Dungun pada tahun 2005, diikuti Kuala Terengganu dan Kuala Berang pada tahun 2006 serta Kemaman (2011) dan kerajaan negeri menetapkan 90 peratus pengambilan pelajar adalah daripada anak negeri dan selebihnya negeri lain.

Malah, menyedari potensi besar pembangunan modal insan yang bakal diperoleh Terengganu hasil produk Imtiaz, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Said ketika itu menunjukkan komitmennya dalam pendidikan dengan mengumumkan pembukaan Imtiaz di tiga lagi daerah melalui manifesto Pilihan Raya Umum ke-13.

Hasilnya, kesemua manifesto tersebut direalisasikan dua tahun lalu menerusi kepimpinan Ahmad Razif dengan pembukaan Imtiaz di Kuala Nerus, Marang dan Setiu.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamuddin Hashim berkata di peringkat nasional, Imtiaz dijadikan tanda aras dan banyak projek perintis dijalankan di sekolah ini bagi memajukan sistem pendidikan negara

Ishamuddin berkata pelajar Imtiaz bukan hanya cemerlang dalam akademik dan berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran, malah turut menyerlah dalam bidang inovasi dan reka cipta yang telah memenangi pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Imtiaz turut merekodkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaik peringkat kebangsaan untuk kategori sekolah agama, malah dua pelajar Imtiaz juga pernah muncul sebagai pelajar terbaik SPM Terengganu dan Malaysia pada 2014 dan 2015,” katanya.

Ishamuddin berkata daya intelektual pelajar Imtiaz juga didorong oleh pelbagai aktiviti kokurikulum dan sukan yang seimbang termasuk tiga sukan sunah Rasulullah SAW iaitu memanah, berkuda dan berenang yang turut ditawarkan di sini.

Selain itu katanya, modul pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan di Imtiaz telah menarik perhatian beberapa sekolah dan institusi pengajian tinggi luar negara seperti Thailand, Indonesia dan beberapa negara Eropah.

Pelajar Imtiaz, Azrul Hakim Ahmad Tarmizi, 16, dari Chukai berkata menerusi sistem pengajaran di Imtiaz, beliau dikehendaki bangun seawal 5 pagi untuk solat berjemaah dan sebelum belajar akademik, ada kelas hafazan al-Quran selama sejam.

“Ketika waktu rehat, kami diwajibkan makan makanan sunah nabi iaitu kurma dan susu. Kemudian, pada 12.30 tengah hari, kami dibenarkan tidur sebentar selama 15 hingga 30 minit untuk kembalikan tenaga sebelum sesi pembelajaran diteruskan,” katanya yang bergelar tahfiz tahun lalu.

Bagi Ilham Alyah Narawi, 16, pelajar Imtiaz Kemaman, berkata pengorbanannya yang terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berasal dari Miri, Sarawak dianggap berbaloi apabila beliau mampu mengubah corak keluarganya berlandaskan Islam, selepas bergelar pelajar Imtiaz.

“Mula-mula memang agak janggal bila berjauhan dengan keluarga sebab saya tak pernah jauh dengan mereka. Tapi guru-guru dan kawan-kawanlah penguat saya dan bukan senang nak mendapat tempat di sekolah ini,” katanya.

Ketika ini terdapat 2,601 pelajar di lapan Imtiaz iaitu Besut (536) diikuti Kuala Terengganu (522), Dungun (493), Kemaman (297), Kuala Berang (279), Setiu (232), Kuala Nerus (155) dan Marang (87). – BERNAMA

Tags: Imtiaz
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd