• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Terkejut Jumpa Duit RM11 Juta! 19 Ditahan

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIANGGARKAN hampir RM11 juta wang tunai ditemui dalam dua serbuan berasingan termasuk di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 1 pagi hari ini.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Sabah sempena ‘Ops Gegar’. Serbuan lakukan selepas menerima maklumat berhubung aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel.

“Hasil serbuan itu, anggota penguat kuasa menahan beberapa individu dan pemeriksaan lanjut menemui hampir wang tunai berjumlah lebih RM8 juta.

“Susulan itu, pihak berkuasa melakukan serbuan di sebuah apartmen berhampiran hotel berkenaan dan menemui wang tunai lebih RM11 juta,” kata sumber kepada media tempatan di sini hari ini.

Sumber berkata, semua wang tunai yang ditemui dirampas untuk siasatan lanjut. Pengiraan masih lagi dilakukan bagi mengetahui jumlah sebenar wang yang dirampas dalam kejadian itu.

Seramai 19 orang dipercayai ditahan. Menurut sumber, tiga daripada yang ditahan adalah lelaki warga tempatan manakala 16 lagi wanita warga Filipina dan China, berusia antara 20 hingga 40-an.

“Mereka ditahan dalam serbuan di sebuah hotel untuk siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (APTISOM) (Akta 670).

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut dalam bilik itu membawa kepada penemuan sejumlah wang tunai dianggar berjumlah lebih RM8 juta, termasuk yang disembunyikan dalam kotak minuman keras,” katanya.

Susulan tangkapan dan rampasan wang tunai terbabit, pihak Imigresen dikatakan melakukan satu lagi serbuan di apartmen berhampiran. Sejumlah wang tunai ditemui cuba disembunyikan dalam laci.

– myMetro Online

Tags: duitImigresen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd