• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Lepas Berpantang Selesa Tinggal Di PPS

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Walaupun baru lepas menjalani tempoh berpantang, namun Nor Fatin Amirah Mohd Razi, 19, tidak melihat keperluan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di sini sebagai satu masalah kerana memikirkan keselamatan anak yang dilahirkan kira-kira 50 hari lepas.

Nor Fatin Amirah, berasal dari Kampung Serai Lima, Lubuk Jong di sini berkata beliau berpindah ke PPS berkenaan sejak tiga hari lepas bersama anak keduanya yang baru dilahirkan, Qismina Hadirah Ahmad Hanif dan anak sulungnya Qalesya Humaira, dua tahun.

“Ini pengalaman pertama saya menjaga bayi di PPS kerana sebelum ini, kira-kira dua tahun lepas saya turut dipindahkan ke pusat pemindahan ini namun ketika itu saya masih mengandung.

“Walaupun PPS ini menempatkan ramai mangsa banjir namun saya bersyukur kerana masih berasa selesa tinggal di sini, cuma si kecil kadang-kadang meragam kerana keadaan cuaca yang sejuk,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan berkenaan di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim meluangkan masa kira-kira sejam untuk memantau kemudahan yang disediakan di PPS berkenaan selain beramah mesra dengan 1,081 mangsa daripada 468 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut sejak tiga hari lepas.

Nor Fatin Amirah berkata beliau mengambil keputusan untuk berpindah sendiri tanpa menunggu ketibaan pasukan penyelamat kerana sedar dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku ketika musim banjir.

Sementara itu, Haslida Abdullah, 23, yang mempunyai seorang anak kurang upaya berkata kemudahan terutama berkaitan perubatan di PPS berkenaan adalah baik dan jururawat sering memantau keadaan anaknya itu.

Beliau berkata anak sulungnya daripada dua beradik, Muhammad Safuan Adam Firdaus Saiful Nizam, 5, lemas ketika dilahirkan sehingga menyebabkannya hanya mampu terlantar di atas katil dan kadangkala diserang sawan.

“Saya berpindah ke PPS ini pada setiap tahun memandangkan tempat tinggal (Kampung Serai Lima) akan dinaiki air ketika musim tengkujuh.

“Ketika ini, anak saya mengalami alahan terhadap air sejak sebulan lepas namun bantuan perubatan telah diberikan oleh petugas di PPS ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pusat Pemindahan Sementara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: Lebih 1,000 Penduduk Di 5 Negeri Dipindahkan

21/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat di lima negeri mengakibatkan lebih 1,000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kediaman...

Banjir Di 6 Negeri, Mangsa Di Pahang Meningkat

08/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Situasi banjir yang melanda beberapa negeri semakin buruk dengan peningkatan mendadak jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd