Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Juruukur Tanah Abai Anak...

KUALA LUMPUR — Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang...

10,000 Tan Makanan, Plastik...

JERANTUT - Kira-kira 10,000 tan makanan yang masih elok dan plastik terbuang setiap...

Mayat Bayi Dibungkus Dalam...

Jemaah surau Al-Raudhah di Bandar Tun Abdul Razak, Rompin, Pahang terkejut apabila menemui...

Kes Melonjak Tak Jejas...

JOHOR BAHRU: Peningkatan kes positif COVID-19 yang direkodkan ketika ini bukan penghalang untuk...

Ibu Bapa Disaran Tabung Maksimum Dana ADAM50

KUALA LUMPUR – Ibu bapa disaran menabung bagi memaksimumkan skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diumumkan ketika pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata ibu bapa hanya perlu menyumbang tabungan setiap bulan bagi menambah dana RM200 dalam akaun yang dibuka kerajaan melalui skim ADAM50 bagi anak-anak yang lahir bermula tahun depan.

“Tabungan ini dapat digunakan untuk pelbagai perkara termasuk menampung kos pembelajaran anak-anak ini apabila mencapai umur 18 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizah turut menarik perhatian berhubung komitmen berterusan kerajaan dalam memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak menerusi penubuhan Tabika dan Taska Kemas terutama di kawasan luar bandar.

Beliau berkata sebanyak 11,206 kelas Tabika dan 499 kelas Taska Kemas telah diwujudkan yang memberi manfaat masing-masing kepada 220,481 dan 9,329 kanak-kanak di negara ini.


“Penubuhan Tabika dan Taska Kemas bukan sahaja membuktikan usaha gigih dan berterusan kerajaan bagi memastikan kadar celik huruf bermula seawal kanak-kanak berumur lima tahun, malah mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat khususnya menyediakan ribuan peluang pekerjaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori