• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hour Of Code: Malaysia Satu Tangga Di Belakang AS

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penglibatan aktif murid dan sekolah termasuk pelaksanaan lebih 2,000 segmen ‘Hour of Code’ telah menyaksikan Malaysia berada di tempat kedua daripada 180 buah negara yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata Malaysia hanya berada satu tangga di bawah Amerika Syarikat selepas program selama dua minggu sejak 30 Oktober lepas itu telah disertai kira-kira 90,000 pelajar membabitkan lebih 1,000 buah sekolah.

“Malaysia adalah negara kedua selepas Amerika Syarikat paling aktif dalam pelaksanaan program ‘Hour of Code’, justeru, ini bermakna kita berada di landasan betul untuk menyiapkan generasi muda menghadapi dunia baharu seperti ekonomi digital di masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hari terakhir pelaksanaan program itu di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1) di sini, hari ini.

Hour of Code merupakan kempen kesedaran yang bertujuan memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan pengaturcaraan dan sains komputer.

Chong berkata atas sambutan menggalakkan, program itu dijangka diteruskan tahun hadapan dengan kemungkinan aktivitinya dilakukan pada pertengahan tahun berbanding selepas sesi peperiksaan akhir tahun seperti dilakukan ketika ini.

Beliau berkata sebagai satu daripada komponen strategik di bawah pelaksanaan gerakan #mydigitalmaker, Hour of Code yang dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu secara tidak langsung dapat membantu pelajar menguasai bidang baharu dan asas utama untuk pekerjaan masa depan.

Katanya, inisiatif itu juga seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh subjek sains komputer dalam kurikulum formal seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018, bulan lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Bakat dan Keusahawanan Digital MDEC, Sumitra Nair berkata pihaknya sentiasa memberi sokongan yang berterusan ke arah perubahan kepada landskap pendidikan semasa melalui penekanan terhadap kreativiti digital. – BERNAMA

Tags: Hour Of Code
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd