Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Saat Bersejarah, Muntah Selepas...

LELAKI ini mahu melamar kekasihnya dan bagi tujuan itu, dia telah menyewa sebuah...

Minggu Lepas Kena Marah,...

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia dihalang masuk ke mahkamah hari ini...

Gadis ‘Pemalas’ Kutip Derma...

SEORANG gadis remaja mencari jalan mudah untuk memiliki sebuah kereta, iaitu dengan hanya...

Penting Kursus SPRM Untuk...

ERA makan elaun sudah berakhir. Era menjadi yes man kepada Pengerusi juga sudah...

Hina Bugis: DAP Tuntut Tun M Minta Maaf Dengan Sultan

ISU Tun Dr. Mahathir Mohamad hina suku kaum Bugis sebagai lanun bukan sahaja dikutuk etnik tersebut, malah menyebabkan Pakatan Harapan (PH) dipandang negatif oleh rakyat sebagai rasis.

Ketika PH kecoh apabila Timbalan Perdana Menteri mendedahkan keturunan sebenar Mahathir dari Kerala, India, blok pembangkang itu ‘diam’ apabila Pengerusi PH tersebut hina asal-usul Perdana Menteri konon lanun Bugis.

Portal propembangkang pula senyap apabila Sultan Selangor murka dan mahu Mahathir disiasat polis atas ucapan biadabnya itu ketika himpunan haram PH di Petaling Jaya bulan lalu yang turut gagal dapat sambutan rakyat.

Mungkin bimbang dengan sentimen kemarahan rakyat dalam isu ‘panas’ itu, ADUN Skudai dari DAP di Johor, Dr. Boo Cheng Hau tampil secara terbuka mahu Mahathir memohon maaf kepada Sultan Johor dan Selangor sendiri.

Wakil rakyat pembangkang itu berkata, Mahathir tidak seharusnya mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak berasal daripada keturunan ‘lanun Bugis’ dan segera meminta maaf berikutan kenyataannya yang mencetuskan kontroversi.

Bagi Cheng Hau, ucapan Mahathir itu sebagai tidak sensitif apabila mempersoalkan perkara tersebut dan menuntut Mahathir mohon maaf secara terbuka kepada dua sultan Melayu berkenaan yang secara kebetulan berdarah Bugis.

Baca: Hina Bugis: Sultan Selangor Mahu Tun M Disiasat

Juga: Naib Presiden Indonesia Tersinggung Bugis Dihina

“Penghinaan Mahathir yang bernada perkauman itu telah mencetuskan perasaan tidak senang serta dilihat boleh menggalakkan lagi semangat kepuakan dan perpecahan rakyat Malaysia daripada pelbagai keturunan.


“PH sepatutnya memberi harapan untuk menyatukan rakyat Malaysia pelbagai kaum dengan tidak terikut-ikut retorik perkauman UMNO dan Barisan Nasional,” dakwa Cheng Hau dalam kenyataannya itu semalam.

Mengulas dengan lebih lanjut, bekas Pengerusi DAP Johor itu seterusnya berkata, rakyat perlu memilih dan menilai pemimpin yang berdasarkan kepada aspek kebolehan dan integriti individu tersebut, bukannya keturunan.

“DAP sendiri patut berpegang teguh terhadap prinsip ‘Malaysian Malaysia’ iaitu politik yang tidak berasaskan kepada mana-mana kaum,” kata Cheng Hau lagi merujuk amalan parti berlambang roket itu sejak sekian lama.

Mahathir yang menerima kecaman keras pelbagai pihak ekoran ucapan celuparnya itu termasuk daripada Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menjelaskan konon ia hanya ditujukan kepada Najib dan bukannya seluruh Bugis.

Ramai penganalisis politik antarabangsa melihat ungkapan itu bagi mengalih perhatian penyokong pembangkang yang sebelum ini pernah ejeknya sebagai Mamak Madey Kutty dari Kerala, India. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bugis

Kategori