• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelandangan Bawah 60 Tahun Jalani Program Kemahiran

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gelandangan di bawah umur 60 tahun yang masih produktif dan mampu bekerja akan ditempatkan di pusat-pusat kebajikan Desa Bina Diri di seluruh negara untuk menjalani program pemulihan sambil meningkatkan kemahiran diri mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata langkah itu bagi membolehkan golongan itu diberikan latihan kemahiran dalam bidang tertentu serta pekerjaan yang bersesuaian.

“Sejumlah 5,013 gelandangan pula yang ingin mengubah kehidupan mereka secara sukarela telah mendapatkan khidmat bantuan sosial di Anjung Singgah, iaitu pusat sehenti intervensi yang dikendalikan Yayasan Kebajikan Negara,” katanya menjawab pertanyaan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mengenai langkah mengatasi isu gelandangan di Kuala Lumpur pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Majlis Sosial yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 18 Feb lepas, Azizah berkata kementeriannya diberi tanggungjawab menjadi peneraju serta menubuhkan badan penyelarasan bagi menangani isu gelandangan secara holistik.

Katanya, Pelan Tindakan Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan yang terbahagi kepada lima tumpuan utama iaitu perumahan, kebajikan, pekerjaan, kesihatan dan bukan warganegara, sedang dirangka dan akan diterbitkan dalam masa terdekat.

Pada masa ini terdapat lima buah Desa Bina Diri iaitu masing-masing di Mersing, Jerantut, Kuching, Kota Samarahan dan Sungai Buloh.

Sementara itu, Azizah berkata kementeriannya bercadang mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di setiap kawasan Parlimen.

Beliau berkata ia sebagai usaha mewujudkan pelbagai program dan perkhidmatan berasaskan komuniti dalam penjagaan kesejahteraan warga emas.

“Sehingga 30 Sept lepas, sebanyak 53 PAWE telah beroperasi di seluruh negara, jumlah ini dijangka bertambah hingga 59 buah menjelang akhir tahun ini,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang ingin tahu jumlah pusat aktiviti warga emas di setiap Parlimen.

Azizah berkata selain PAWE, sebanyak 233 Klinik Kesihatan di setiap negeri turut menyediakan ruang interaksi untuk warga emas yang masih aktif. – BERNAMA
​​​​​​​

Tags: gelandanganKemahiran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua Pembangkang Kelantan Diarah Keluar Dewan

Next Post

Kena Tegur, Chef Wan Minta Nabil Jangan Melatah

Related Posts

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

04/08/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki gelandangan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta di Stesen Monorel...

Beg Disangka Ada Bom, Rupa-Rupanya Milik Gelandangan

Beg Disangka Ada Bom, Rupa-Rupanya Milik Gelandangan

28/01/2023
0

Subang Jaya : Orang ramai gempar apabila menemukan bagasi yang disangka mengandungi bom di kawasan stesen transit aliran ringan (LRT)...

Next Post

Kena Tegur, Chef Wan Minta Nabil Jangan Melatah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd