• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Flydubai Tempah 225 Pesawat Boeing RM112 Bilion

oleh
17/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Ketika China awal bulan ini memuktamadkan kontrak pembelian 300 buah pesawat Boeing pelbagai model bernilai RM155 bilion, ia ternyata cetus persaingan industri penerbangan global.

Terbaharu sebuah syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka milik kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Flydubai dilaporkan bersetuju membeli lagi 224 buah pesawat Boeing 737 MAX bernilai RM112 bilion semalam.

Langkah pembelian secara besar-besaran yang tidak diduga pelbagai pihak itu sebagai usaha untuk menyokong pertumbuhan pesat operator udara berpusat di sini yang ditubuhkan pada 2008 dan kini memiliki 59 buah pesawat.

Ini merupakan tempahan ketiga syarikat itu dalam tempoh lapan tahun selepas 2009 dan 2013. Pesawat baharu ini akan menyokong perluasan operasi Flydubai untuk kawasan geografi yang luas dan berpenduduk 2.5 bilion orang.

Media UAE melaporkan, menjelang akhir tahun ini, syarikat tersebut memiliki sejumlah 61 buah pesawat Boeing 737-800 generasi baharu dan Boeing 737 MAX 8. Sebanyak 70 buah lagi akan diterima Flydubai pada 2023 depan.

Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Dubai yang juga Pengerusi Kumpulan Emirates dan Flydubai, Sheikh Ahmed Saeed Al Maktoum berkata, “Tempahan kali ini sejajar dengan kisah kejayaan syarikat sejak ditubuhkan.

Baca: Trump Ceria China Beli 300 Pesawat Boeing RM155 Bilion

“Ini menepati wawasan Flydubai membantu bagi meningkatkan sektor perdagangan dan pelancongan tempatan serta menambah baik jaringan kesalinghubungan Dubai untuk muncul sebagai hab penerbangan antarabangsa.”

Selepas hampir sedekad beroperasi ujar Sheikh Ahmed, Flydubai berjaya menghubungkan 97 destinasi di 44 buah negara rantau Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Asia berbanding hanya 67 destinasi sewaktu mula diwujudkan.

Menurut laporan media setempat lagi, susulan pengumuman terbaharu itu, jumlah keseluruhan tempahan pesawat Boeing oleh pihak Flydubai sudah pun mencecah 320 buah daripada rancangan kontrak asalnya cuma 96 buah.

Ketua Pegawai Eksekutif Flydubai, Ghaith Al Ghaith berkata, syarikat itu telah mengangkut 44 juta penumpang sejak hari pertama beroperasi pada 2009 dan memerlukan ratusan pesawat bagi menampung permintaan tinggi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Boeing, Kevin McAllister ketika mengulas isu tersebut berbangga kerana Flydubai muncul satu-satunya operator udara yang hanya menggunakan pesawat keluaran mereka.

Flydubai pernah mencatat satu rekod nahas udara iaitu pada tahun lalu apabila sebuah pesawatnya dari sini terhempas di Rusia yang mengorbankan kesemua 55 penumpang dan 7 krew. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BoeingdubaiFlydubai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Daripada Lapan Mangsa Sindiket Pekerjaan Di Dubai Rakyat Sarawak

Tujuh Daripada Lapan Mangsa Sindiket Pekerjaan Di Dubai Rakyat Sarawak

17/12/2022
1

KUCHING: Tujuh daripada lapan warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)...

‘Menteri Luar Perlu Jawab Isu Lawatan PM Ke Dubai’ – Anwar

14/04/2022
0

SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah seharusnya segera menjawab tentang apa yang berlaku semasa lawatan rasmi Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd