SEBELUM ini, pelakon Nur Fathia dikecam ‘tidak bijak’ oleh netizen kerana tersalah tafsir tajuk berita berkenaan sistem tanpa tunai atau cashless.
Baca: Didakwa Tak Faham Tajuk Berita, Ini Luah Fathia…
Kali ini, Fathia yang merupakan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) buat hal lagi apabila dia dikatakan telah memerli Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi tweet tersebut, kenyataan Fathia dilihat seperti mahu mengecam tindakan perdana menteri mengenai insiden banjir di wilayah utara tanah air.
Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abd Latiff berbuat sedemikian dengan mengulang kicau (retweet) salah satu posting Najib yang mengadakan lawatan pasar di Lembah Pantai baru-baru ini.
Baca: Mereka Di Dataran Merdeka! Ada Banjir Ke Di Situ?
“Assalamualaikum Prime Minister, tak pergi ke jenguk-jenguk #Penang?” tulisnya menerusi posting berkenaan.
Tindakan bodoh pelakon itu telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen tempatan menerusi media sosial.
Rata-rata antara mereka menganggap kenyataan Fathia seolah-olah tiada deria sensitiviti dan hanya mencari publisiti murahan.
Baca: PH Lebih Sibuk Isu Anwar Banding Banjir Di P.Pinang
Baca: Kerajaan BN Dituduh ‘Gila’ Itulah Datang Bantu P.Pinang
Hmmm… Sebagai seorang public figure, Fathia seharusnya bersikap profesional dan pakai otak dalam bercakap. Bak kata peribahasa cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. – MYNEWSHUB.CC/AM