• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Cedera Bas Ekspres Rempuh Lori Balak

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Empat penumpang bas ekspres Mutiara cedera ringan selepas bas dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori balak di kilometer 42 Jalan Lipis-Merapoh Lebuhraya Centre Spine Road (CSR) di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata kejadian pada 1.45 pagi itu, dipercayai berpunca daripada pemandu bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan itu mengantuk.

“Pemandu yang berusia 23 tahun itu melanggar bahagian sisi kanan lori balak yang dalam perjalanan dari Jerantut ke Gua Musang.

“Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Lipis untuk rawatan manakala 24 lagi penumpang bas termasuk pemandu kedua tidak mengalami kecederaan dan meneruskan perjalanan dengan menaiki bas ganti,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Azry Akmar berkata kedua-dua pemandu bas dan pemandu lori balak yang berusia 59 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan juga menyebabkan bas itu remuk pada bahagian hadapan dan terdapat kesan pecahan aksesori bas manakala lori balak tidak mengalami kerosakan, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan bas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Tiba Di Da Nang Untuk Sidang Kemuncak APEC

Next Post

Lagu Dicaj Terlalu Mahal, ‘Comeback’ Elite Tertangguh

Related Posts

Bas Bawa 45 Pekerja Kilang Terbakar

12/12/2021
0

SEREMBAN: Sekumpulan pekerja kilang panik apabila bas dinaiki mereka selepas selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 di daerah ini, terbakar di...

2 Parah, Bas Rombongan Rempuh Treler

07/03/2020
0

BENTONG - Dua penumpang parah manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dengan sebuah treler di Kilometer...

Next Post

Lagu Dicaj Terlalu Mahal, 'Comeback' Elite Tertangguh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd