Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Ketua Polis Negara Bertemu...

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini bertemu...

Apabila Pelumba Nascar Menjadi...

APAKAH perasaan anda sekiranya video yang dihasilkan dengan segala titik peluh yang ada dipertikaikan...

Amar Baharin Bawa Watak...

AMAR Baharin, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air,...

Uqasha Senrose Nafi Bercinta...

KALAU anda menonton Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) yang berlangsung minggu lalu, pasti...

Eksport Cendawan Meningkat RM300 Juta Pada 2020

KENINGAU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menggalakkan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman, supaya menceburi perusahaan cendawan.

Menurutnya cendawan Malaysia semakin mendapat permintaan yang tinggi, dengan nilai eksport dianggarkan meningkat kepada RM300 juta atau 67,000 tan metrik menjelang 2020.

“Pengeluaran cendawan di negara ini sejak 2010 berkembang 16 peratus setahun iaitu 16,000 tan metrik.

“Justeru, pemilihan perniagaan cendawan shitake oleh Koperasi Rukun Tetangga Rancangan Belia Tiulon Blok A Bhd merupakan langkah terbaik ketika permintaan terhadap makanan itu semakin meningkat,” katanya ketika merasmikan Program Pemerkasaan Khidmat Komuniti koperasi itu di sini hari ini.

Kurup berkata penggunaan per kapita cendawan di negara ini dijangka meningkat daripada 1 kilogram pada 2008 kepada 2.4 kilogram pada 2020.

Beliau berkata permintaan terhadap cendawan dan produk berasaskan cendawan di negara ini dijangka meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk dan penggunaan per kapita.

Kurup, yang juga anggota Parlimen kawasan Pensiangan, berkata Dasar Makanan Negara 2011-2020, yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, menunjukkan bahawa prospek dan masa depan cendawan sangat disebabkan permintaan ke atas cendawan segar dan diproses semakin meningkat dalam pasaran tempatan.


Mengenai program itu, beliau berkata penubuhan Koperasi Rukun Tetangga merupakan antara tranformasi baharu yang dilaksanakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional (JPNIN), yang bertujuan untuk melihat rukun tetangga mampu menjana pendapatan sendiri dan tidak bergantung kepada peruntukan kerajaan.

“Ini kerana aktiviti keusahawanan yang dijalankan oleh komuniti Rukun Tetangga berdaya maju dan boleh dikembangkan menerusi entiti perniagaan yang dipantau serta dibimbing oleh kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara JPNIN dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa),” katanya.

Menurut Kurup, kerajaan melalui JPNIN menyediakan peruntukan sebanyak RM4,500 kepada setiap Rukun Tetangga yang mempunyai projek peningkatan ekonomi di kawasan masing-masing. – BERNAMA

Kategori