• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ECRL Tidak Dilaksanakan Secara Semborono

oleh Ahmad Albab
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perancangan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak dilaksanakan secara semborono dan terburu-buru serta bukan atas desakan pelobi dari China, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata sebaliknya kerajaan telah melakukan kajian terperinci dengan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk kerajaan negeri bagi memastikan projek infrastruktur nasional yang akan menghubungkan pantai timur dengan Lembah Klang tersebut memberi impak besar kepada semua pihak.

“Sudah tentulah kami bukan semborono dalam hal ini kerana kami bukan nak bina sebuah dewan tetapi nak laksanakan projek berskala besar, melibatkan projek besar dan jajaran yang begitu panjang.

“Kami akui, sepanjang jajaran yang dibina akan ada beberapa kampung dan beberapa infrastruktur seperti pusat rekreasi dan padang bola yang terpaksa dikorbankan tetapi ini adalah sebahagian usaha yang terbaik untuk projek jangka panjang,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Amanah-Kuala Terengganu) yang ingin tahu adakah kerajaan terburu-buru melaksanakan projek tersebut seolah-olah mengikut rentak pelobi dari China.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh projek tersebut, Othman berkata sebanyak 13,600 peluang pekerjaan dijangka akan diwujudkan oleh ECRL nanti.

Othman berkata projek ECRL yang akan melibatkan laluan sejauh 688 kilometer di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan akan dilaksanakan secara dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan laluan Gombak, Selangor ke Tumpat Kelantan dan fasa kedua dari Gombak ke Pelabuhan Klang dan dijangka siap sepenuhnya secara serentak hujung tahun 2024. – BERNAMA

Tags: Datuk Othman AzizECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd