• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ECRL Dijangka Tingkat KDNK Wilayah Pantai Timur

oleh Ahmad Albab
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi wilayah Pantai Timur sehingga 1.5 peratus daripada kadar sedia ada, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata pelaksanaan projek tersebut dijangka akan turut meneroka sumber pendapatan bukan operasi seperti pengiklanan, peruncitan dan sebagainya bagi menampung bayaran balik pinjaman yang dilakukan untuk menampung kos projek tersebut.

“ECRL dijangka akan memperoleh hasil atau pendapatan melalui kutipan tambang penumpang, bayaran daripada perkhidmatan kargo dan pendapatan bukan tambang.

“Kita menjangka bermula tahun 2024 projek ini akan mula memperoleh hasil tersebut dengan unjuran pendapatan sebanyak RM2.9 bilion,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan itu.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Ewon Ebin (BN-Ranau) yang ingin tahu berapakah unjuran pendapatan negara hasil daripada projek ECRL serta adakah pendapatan tersebut mencukupi untuk membayar balik pinjaman pembiayaan projek tersebut.

Mengulas lanjut, Othman berkata kerajaan turut mengunjurkan bermula tahun 2032 syarikat ini juga mampu beroperasi sendiri tanpa suntikan dana daripada kerajaan.

Katanya, pembayaran semula kos projek yang membabitkan 85 peratus pembiayaan melalui pinjaman mudah dari Exim Bank dan baki 15 peratus dibiayai melalui peruntukan program sukuk atau bon yang diuruskan oleh institusi kewangan tempatan itu akan mula dibuat bermula 2024 setelah selesai pelaksanaannya. – BERNAMA

Tags: ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd