• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dun Sarawak Lulus Rang Undang-Undang RECODA

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Koridor Serantau (RECODA) (Pindaan) 2017 bagi membolehkan perengganan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) kepada wilayah-wilayah kecil.

Dibentangkan untuk bacaan kali kedua, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata ia diperkenalkan untuk meminda Ordinan RECODA 2006 bagi memperuntukkan pembentukan koridor pembangunan serantau dan penubuhan pihak berkuasa untuk koridor tersebut di Sarawak.

Berikutan keluasan kawasan yang besar di bawah penyeliaan SCORE, maka, katanya, kerajaan mendapati adalah wajar untuk membatasi kawasan-kawasan ini kepada wilayah kecil di samping menangani ketidakseimbangan pembangunan serantau antara wilayah-wilayah di negeri itu.

Bagi tujuan itu, katanya, tiga wilayah kecil dikenal pasti dalam kawasan SCORE iaitu kawasan tanah tinggi, Hulu Rajang dan kawasan utara Sarawak.

Susulan pindaan tersebut, dua agensi di bawah RECODA ditubuhkan mengikut Seksyen 16 Ordinan RECODA 2006 untuk menerajui pembangunan di wilayah-wilayah kecil iaitu Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HAD) dan Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA).

Awang Tengah berkata Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) akan ditubuhkan bagi mempercepatkan pembangunan kawasan-kwasan wilayah kecil di Sarawak.

Menerusi penubuhan tiga agensi ini, katanya, RECODA akan lebih fokus dalam melaksanakan peranan dan fungsinya untuk membawa masuk lebih banyak pelaburan dan pembangunan sosioekonomi di kawasan-kawasan pedalaman dan luar bandar.

Beliau berkata oleh kerana kawasan-kawasan ini masih ketinggalan dari aspek pembangunan infrastrukur seperti kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik maka penubuhan agensi-agensi ini akan membolehkan RECODA dalam kedudukan terbaik untuk memohon lebih banyak pembiayaan daripada kerajaan persekutuan.

“Pindaan kepada Ordinan RECODA ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan RECODA dalam perancangan dan pelaksanaan projek.

“Di bawah pindaan ini, Ketua Menteri diberi kuasa untuk melantik seorang untuk menjalankan sementara peranan pengerusi sekiranya pengerusi berkenaan tidak dapat bertindak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dun Sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Lulus Pindaan Undang-undang Tanah, Kawal Ruang Udaranya

18/05/2022
0

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 yang membolehkan...

DUN Sarawak Sebulat Suara Lulus RUU Tubuh Lembaga Kemajuan Sagu Dan Nipah

16/02/2022
0

KUCHING : Sarawak memperkasa industri sagu dan nipahnya selepas Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah (SNDB), 2022 diluluskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd