Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Diplomat Bertumpu Di PWTC...

KUALA LUMPUR - Pegawai-pegawai ASEAN memulakan siri mesyuarat persediaan bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar...

Patutlah Servis Astro Buruk,...

CERITA rungutan pelanggan penyedia siaran televisyen berbayar Astro bukan isu baharu, malah kisah...

Mat UMNO Beri Laluan...

SEORANG penyokong UMNO, Rahmat Azim Abdul Azizi yang dikenali Mat UMNO sedia berundur bertanding jawatan...

Tempoh 50 Tahun Konsesi...

KUALA LUMPUR – Tempoh 50 tahun perjanjian konsesi Lebuh Raya Pantai Barat (WCE)...

Dua Penduduk Pulau Tioman Dilaporkan Hilang

KUANTAN – Dua penduduk Pulau Tioman dilaporkan hilang sejak petang semalam, selepas menaiki bot laju dari jeti Sungai Puteri, Rompin, dekat sini untuk pulang ke pulau itu.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Amat Muhamad, 50, dan Mohd Abdul Lattif Kasim, 20, yang dikatakan menaiki bot itu pada jam 1.30 tengah hari semalam.

“Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak tiba di Pulau Tioman menyebabkan abang Amat, Badrulsah yang tinggal di Kampung Paya pulau itu membuat laporan polis pada jam 10 malam semalam,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kekuataan 73 anggota dilancarkan mulai jam 7 pagi ini melibatkan anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi KM Langkawi, Jabatan Taman Laut Malaysia dan 24 penduduk Kampung Pulau Tioman dengan menggunakan enam bot.


Azli berkata keadaan hujan lebat dan laut bergelora pada hari ini turut menyukarkan operasi itu selain tidak sesuai kepada bot kecil. – BERNAMA

Kategori