• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Minat, Shukri Tidak Kisah Jatuh Motor

oleh
25/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP orang pasti mempunyai minat mereka yang tersendiri. Sampaikan sanggup berhabis duit demi memenuhi keinginan dan minat itu sendiri.

Bagi pelakon hebat, Syukri Yahaya, dia masih lagi meminati sukan permotoran walaupun baru sahaja mengalami kemalangan kecil ketika menghadiri sesi latihan bagi acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor.

Menurut Shukri atau nama sebenaranya Mohd Shukri Yahya, 29, kurang mempunyai pengalaman tidak menjadi penghalang baginya yang kini sedang mula berjinak-jinak beraksi di litar.

Bapa kepada seorang anak itu juga turut yakin dengan sistem keselamatan yang disediakan bagi acara yang dihadirinya itu.

“Keadaan litar agak licin disebabkan hujan dan saya pula cuba memenuhi masa yang ditetapkan menyebabkan saya terbabas. Alhamdulillah, saya tidak cedera dan masih bersemangat meneruskan perlumbaan.

“Isteri saya, Tya Adnan ada meluahkan kebimbangan apabila dimaklumkan mengenai kemalangan kecil yang saya alami. Dia bagaimanapun tidak menghalang minat saya, sebaliknya meminta saya supaya lebih berhati-hati ketika beraksi di litar,” katanya dipetik daripada BH Online.

Selain Shukri, beberapa lagi artis tempatan turut menyertai acara tersebut termasuk Janna Nick, Fattah Amin, Diana Danielle dan ramai lagi.

Acara tersebut turut akan menampilkan beberapa aksi pelumbaan kereta, pertunjukan drift, penampilan selebriti serta permainan pentas.

Shukri kini masih lagi membiasakan diri menaiki motor berkuasa besar dan sering menyertai konvoi beramai-ramai.

Dalam masa yang sama, Shukri turut terlibat dalam menjayakan drama rantaian baharu menerusi slot Akasia di TV3 yang berjudul Tiada Arah Jodoh Kita.

Orang lelaki ni kadang-kadang bila dia dah minat dengan satu hobi tu, susah betul dia nak tinggalkan. Jangan ingat jadi selebriti tak boleh ada minat lain tau. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: kemalanganshukri yahayaToyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd