• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demam Panas, Aaron Aziz Dikejarkan Ke Hospital

oleh
02/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA tidak kenal Aaron Aziz yang merupakan satu nama besar serta juga tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia dan Singapura.

Kehadiran figura kacak ini bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan ramai peminat malaha bakat bintang filem ini juga dilihat semakin bersinar hingga ke hari ini.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan terbaharu pelakon ini, pasti sudah tahu Aaron kini sedang terlantar sakit di hospital.

Aaron Mustapha Aziz atau lebih dikenali sebagai Aaron Aziz telah dikerjakan ke Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara gara-gara mengalami demam panas yang teruk, malam tadi.

Menurut isteri yang juga merupakan pengurusnya, Diya Halik, suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai penggambaran drama di sebuah lokasi, sebelum suhu badan naik secara mendadak.

“Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba Aaron mengadu tidak sedap badan kepada pembantu peribadinya. Jadi, penyaman udara kereta terus saja ditutup.

“Pada mulanya, suhu badannya cuma 37 darjah Celsius, tetapi tidak sampai sejam, ia naik mendadak sehingga 39 darjah.

“Kebetulan, saya tidak bersamanya ketika itu kerana berada di Hong Kong. Saya terus menghubungi pemandu, memintanya menghantar Aaron ke hospital,” katanya dipetik BH Online.

Ekoran bimbang dengan keadaan suaminya, Diyana mengambil keputusan untuk segera pulang ke tanah air.

Bagaimanapun Diyana berkata, suhu badan suaminya ketika ini sudah mula stabil namun masih lagi berada dalam keadaan yang lemah.

“Doktor memberitahu, jumlah sel darah putih Aaron meningkat. Aaron pun masih lagi lemah,” tambahnya.

Sementara itu, Aaron turut memuat naik satu gambar serta kapsyen di Instagram miliknya berkongsi pengalaman saat-saat berhadapan dengan rasa sakit yang sukar untuk digambarkan.

Baru je buat video tentang org sakit. Smlm Tiba Tiba temp naik 39.3..anak anak dah nangis. Felt like it was my time to go. Funny thing was at work we talking about #AdamMukhriz bertarung nyawa utk keluarga. Last night ALLAH gave me a lesson I will never forget. It came like the wind and body total shutdown. But in my Head was nothing but my kids n family. Told ALLAH pls my work not done. Pls don’t take me back like this.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on Oct 31, 2017 at 1:30am PDT


“Baru sahaja buat video tentang orang sakit. Semalam tiba-tiba temperature naik 39.3. Anak-anak dah nangis. Felt like it was my time to go. Funny thing was at work we talking about #AdamMukhriz bertarung nyawa untuk keluarga.

“Last night ALLAH gave me a lesson I will never forget. It came like the wind and body total shutdown. But in my head was nothing but my kids and family. Told ALLAH please my work not done. Please don’t take me back like this,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Posting yang mendapat lebih daripada 28,000 likes itu telah menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Rata-rata netizen dilihat meninggalkan kata yang positif menerusi ruangan komen Instagram pelakon itu.

Apa-apapun bersama-samalah kita mendoakan agar Aaron cepat sembuh dan kembali pulih sepenuhnya.– MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: aaron aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Panjangkan Lagi Isu Aaron Aziz – Syamsul Yusof

Usah Panjangkan Lagi Isu Aaron Aziz – Syamsul Yusof

25/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Pengarah filem The Original Gangster (TOG), Syamsul Yusof, 39, menjelaskan keputusan menggugurkan Datuk Aaron Aziz daripada senarai pelakon...

Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan Makanan

22/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik bersama anak bongsunya, Dahlia Arissa, 9, telah mengalami keracunan makanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd