KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Cheras (DAP) Tan Kok Wai hari ini malu sendiri apabila teruk ‘ditibai’ di Dewan Rakyat oleh kerana satu kenyataan bodoh sombong yang dibuat olehnya.
Dakwa Tan, pihak kerajaan telah ‘mungkir janji’ apabila gagal memberikan amaran awal terhadap kondisi cuaca buruk yang bakal berlaku.
Bagaimanapun, dakwaannya itu telah dibidas sekerasnya oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, yang menyatakan amaran peringkat kuning telah pun dikeluarkan melalui laporan ramalan cuaca yang disiarkan menerusi televisyen.
“Jika anda menonton televisyen, anda tentu akan tahu bahawa satu amaran peringkat kuning telah dikeluarkan pada Nov.1 yang lalu,” katanya menjawab tohmahan melulu Tan itu.
Rabu lalu, satu amaran hujan lebat di Pulau Pinang yang menjangkakan banjir besar akan berlaku di negeri itu pada hari minggu telah dikeluarkan oleh MetMalaysia, kata Abu Bakar hari ini.
Hujan lebat yang berterusan selama 15 jam di Pulau Pinang Sabtu lalu mengakibatkan banjir besar di beberapa kawasan di negeri itu, dan mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh mangsa setakat ini.-MYNEWSHUB.CC

