• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chelsea ‘Tunggu Masa’ Pecat Conte

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich telah membuat keputusan untuk memecat Antonio Conte pada akhir musim, dakwa laporan di Madrid.

Pengurus Chelsea itu telah membawa kelab berada dalam keadaan terumbang-ambing musim ini dan mereka kini berada sembilan mata di belakang pendahulu liga Manchester City.

Kelab barat London ini merangkul gelaran juara Liga Perdana musim lalu tetapi musim ini mereka terpaksa bergelut untuk mengimbangi tugas domestik dan Eropah.

Chelsea dibelasah 3-0 oleh Roma dalam Liga Juara-Juara malam Selasa dan timbul kebimbangan bahawa pemain tidak berpuas hati dengan kaedah latihan berat yang diamalkan Conte.

Conte turut didakwa akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas dan mahu tawaran kontrak yang lebih baik.

Tetapi laporan di Sepanyol mendakwa segala-galanya di kelab itu berada dalam keadaan tidak baik dan Abramovich bersedia untuk bertindak.

Laporan akhbar Marca berkata Conte hampir tidak bercakap dengan Abramovich dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Sebaliknya komunikasi dibuat melalui pengarah Marina Granovskaia.

Marca mendakwa Conte menyedari Chelsea sudah mempertimbangkan pilihan mereka untuk musim depan.

Walaupun The Blues duduk di tangga keempat tetapi permulaan City untuk kempen ini yang cukup baik dan prestasi konsisten telah menyebabkan mereka meninggalkan kelab-kelab lain jauh di belakang.

Laporan itu mendakwa Abramovich akan melakukan perkara yang sama terhadap Conte seperti yang dilakukannya kepada Roberto Di Matteo dan memecat pengurus itu pada masa yang dirasakan sesuai.

Marca tidak membuat spekulasi mengenai siapa yang mungkin menggantikan pengurus Itali itu yang diharapkan dapat mengubah nasib kelab. – expressUK/mStar Online

Tags: Antonio ConteChelsea
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liverpool Juara Piala Super UEFA 2019

15/08/2019
0

LIVERPOOL muncul juara Piala Super Eropah 5-4 menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas perlawanan tamat 2-2 di Istanbul. Penjaga gol baru...

Trofi Liga Europa Milik Chelsea

30/05/2019
0

BAKU - Eden Hazard meledak dua gol dalam penampilan terakhir bersama Chelsea untuk membantu pasukan itu menjulang gelaran Liga Europa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd