• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chef Wan Perli Pengerusi Felda Naik Kelas Ekonomi?

oleh
02/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA saja yang tak kenal dengan cef selebriti nombor satu Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang sering memberi nasihat dan teguran secara terbuka menerusi media sosial.

Sebelum ini Chef Wan ada memuat naik posting di Instagram pandangan peribadinya mengenai gaya pengacaraan Jihan Muse dan Nabil Ahmad ketika konsert Gegar Vaganza 4, kini lain pula individu yang jadi perhatiannya.

BACA: Pengacaraan Nabil Dan Jihan Di Gegar Vaganza Dikritik?

Baru-baru ini, secara tidak sengaja, Chef Wan telah terserempak dengan pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad ketika sedang dalam penerbangan pesawat Malaysia Airlines ke Johor Bahru.

Menerusi posting di Instagram miliknya, Chef Wan telah menulis dalam ruangan caption bahawa dia berbesar hati dapat bersama-sama dengan Shahrir di dalam pesawat yang sama.

Sebenarnya sebelum itu, Chef Wan secara kebetulan telah bertukar kerusi daripada kelas perniagaan dengan Norjan yang merupakan pembantu peribadinya.

When i exchange my seat from Business to Economy on MAS i was surprised to be seated next to the Chairman of Felda pulak Tan Sri Sharir Abd Samad to JB this morning! I showed him my video of Norjan sitting in business class and was hopping to meet a Tan Sri yg dia nak mengurat! Tan Sri punya gelak la. Bila turun tadi i told Norjan rugi la mak hang tak duduk economy seat hang tadi Jan.. Tak hang dah dapat tangkap Tan Sri Chairman Felda lagi! Tapi Felda tak tau la ada duit ke tidak lagi Kann…

A post shared by chef wan (@chefwan58) on Oct 27, 2017 at 9:04pm PDT

Namun, di hujung caption gambar bersama dengan Shahrir, Chef Wan ada menulis sesuatu yang membuat sesetengah netizen mengamuk.

“Tapi Felda tak tahu la ada duit ke tidak lagi kan…,” tulisnya di ruangan caption.

Bagaimanapun, cef selebriti kelahiran negara Kota Singa itu hanya bergurau sahaja. Mungkin ada sesetengah yang tidak faham atau dapat menerima gurauannya itu.

Selaku Pengerusi Felda, Shahrir mempunyai alasannya yang tersendiri mengenai sebab utama dia memilih untuk menaiki kelas ekonomi pada penerbangan Ahad lalu.

“Saya pulang ke Johor Bahru sebagai kapasiti Ahli Parlimen Johor Bahru, bukan Pengerusi Felda.

“Kenapa perlu saya guna duit Felda untuk bayar tambang kapal terbang, ataupun duduk business class,” kata Shahrir kepada portal BNBBC.MY mengulas lanjut mengenai posting Chef Wan yang kini memperoleh kira-kira 9,000 tanda like di Instagram.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan caption yang ditulis oleh Chef Wan dan mereka telah menyerang ruangan komen di gambar itu.

Chef Wan mengambil keputusan untuk menjelaskan bahawa dia hanya bergurau dan ia tiada kena mengena dengan isu kontroversi lain melibatkan agensi terulung berkenaan.

“Saya tidak pernah mempertikaikan pun mengenai kerusi yang Tan Sri duduk sebab kalau saya pun, saya tentu akan buat macam tu juga,” jelas Chef Wan.

Apa salahnya sekali sekala nak bergurau kan. Lagi pula niat Chef Wan bukanlah untuk memerli mana-mana pihak. Jadi, ambil lah perkara ni dalam sudut positif ya. – MYNEWSHUB.CC / AH

Tags: Chef WanMASTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian MAS – MAB

23/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media sosial adalah berkaitan Malaysian Airline System Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd