• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAKE Terima 67 Aduan Penipuan Dalam Telefon

oleh Ahmad Albab
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menerima sebanyak 67 aduan berhubung penipuan dalam telefon sejak Januari hingga November tahun ini, membabitkan jumlah kerugian melebihi RM100,000.

Pengerusi CAKE Datuk Yusoff Ismail berkata kebanyakan mangsa mengadu mengalami kerugian antara RM100 hingga RM60,000 selepas diperdaya pihak yang menyamar sebagai ejen insurans, bank negara, polis dan mahkamah yang licik meminta maklumat peribadi mangsa.

“Ada yang malu hendak datang ke pejabat kita dan hanya membuat aduan menerusi panggilan telefon…apa pun aduan mereka telah kita salurkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pengguna 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi mengelak diperdaya, orang ramai dinasihatkan agar tidak melayan panggilan yang mencurigakan dan ‘pelik’ dengan meminta nombor kad pengenalan serta nombor akaun supaya tidak ‘terpukau’ lalu akhirnya tertipu dengan tawaran-tawaran yang diberikan.

“Senang saja, jika ada orang telefon kononnya mengaku daripada bank, syarikat insurans, polis, kastam atau mahkamah dan sampai meminta nombor kad pengenalan atau nombor akaun jangan layan. Letak saja telefon kemudian hubungi pihak berkaitan untuk mengesahkan perkara itu…saya percaya jika langkah tersebut diambil, kes penipuan seperti ini tidak berlarutan,” katanya.

Antara contoh penipuan ialah pihak tersebut mengaku sebagai wakil bank untuk membantu menyelesaikan masalah pembekuan akaun bank atau mengaku sebagai pegawai kastam dengan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang untuk menyelesaikan cukai kastam yang tidak dibayar.

Beliau berkata penipuan ini semakin kerap berlaku, bukan sahaja melibatkan orang kebiasaan yang tinggal di kampung, tetapi juga golongan profesional termasuk guru, pensyarah dan mereka yang berpelajaran tinggi di kawasan bandar.

“Kita harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih drastik terutama kepada syarikat-syarikat yang memberi atau menjual maklumat peribadi pengguna sehingga pengguna tertipu oleh penipu ini,” katanya.

Dalam pada itu Yusoff berkata orang ramai dipelawa menghadiri Karnival Pengguna Kedah 2017 yang dianjurkan pada 1 hingga 3 Dis ini di Mini Stadium Pendang, yang menawarkan pelbagai hadiah dan cabutan bertuah yang menarik.

“Pameran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kedah, MCMC, Polis Diraja Malaysia, Majlis Daerah Pendang turut diadakan selain pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pejabat Kesihatan daerah, larian pengguna, serta penyampaian 500 beg sekolah kepada 70 sekolah di daerah ini oleh penaja rasmi, syarikat produk kecantikan, Aquabeauty,” katanya. – BERNAMA

Tags: aduan penggunaKes Penipuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ADUN Pembangkang Diarah Keluar Dewan

Next Post

Cabul: Bekas Jurulatih Tenis Didakwa

Related Posts

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

09/08/2022
0

SEREMBAN: Sebanyak 8,921 kes jenayah penipuan dengan pelbagai modus operandi melibatkan jumlah kerugian melebihi RM220 juta dicatatkan di Negeri Sembilan...

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

08/08/2022
0

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga 31 Julai lalu mencecah RM31.4 juta,...

Next Post

Cabul: Bekas Jurulatih Tenis Didakwa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd