• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budaya Mengecam Di Media Sosial Jadi ‘Toksik’ – Khairy

oleh Ahmad Albab
06/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Budaya mengecam di media sosial diibaratkan sebagai ‘toksik dalam talian’ yang sarat dengan mesej kebencian sehingga boleh menjatuhkan seseorang, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata budaya itu menjadi suatu fenomena yang muncul seperti ‘tsunami’ sehingga sukar bagi pihak yang menjadi mangsa kecaman untuk menepis kecaman yang tular di media sosial.

Katanya budaya itu merupakan satu daripada lima cabaran yang melanda generasi muda ketika ini, dan ia umpama bom jangka yang akan meletus pada bila-bila masa sahaja sekiranya tiada sebarang tindakan diambil pihak bertanggungjawab, terutama ibu bapa.

“Sudah tiba masanya kita wujudkan ‘ruang selamat dalam talian’ kerana sekarang ini terlalu banyak mesej negatif di media sosial. Kita sudah tidak memikirkan perasaan orang lain.

“Saya tiada masalah sekiranya dikecam di media sosial tapi bagaimana dengan orang lain? Adakah mereka tahu bagaimana mengatasinya?” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata isu penyakit sosial, gaya hidup sedentari (bermalas-malasan), ketagihan skrin dan penyakit mental turut menjadi cabaran kepada generasi muda di negara ini.

“Kita sekarang sedang menjalankan kaji selidik dibarisi sekumpulan pakar dalam bidang psikologi, neurologi, perubatan dan komunikasi bagi mencari kaedah terbaik menangani perkara ini. Seminar hari ini merupakan salah satu daripada gerak kerja kaji selidik tersebut,” katanya.

Terdahulu ketika menyampaikan ucapan perasmian, Khairy dalam nada tegas menekankan betapa seriusnya masalah kesihatan mental dengan menarik perhatian peserta bahawa satu daripada lima pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini mempunyai masalah itu ketika ini berbanding satu daripada 10 pada 2011.

“Statistik meningkat disebabkan terdapat kesedaran dalam kalangan masyarakat apabila mereka mendapati diri mereka mempunyai simptom penyakit mental,” katanya.

Justeru, Khairy mengulangi gesaan agar Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menjalinkan kerjasama proaktif dengan Insititut Penyelidikan SosioEkonomi (SERI) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 baru-baru ini terutama dalam kajian sosial untuk generasi muda.

Beliau kemudian mengakhiri ucapan dengan satu pesanan iaitu: ”Banyakkan teguran dan hukuman kepada generasi muda seperti mana kita (generasi terdahulu) ditegur dahulu.” – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinmedia sosial
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Mangsa Banjir Menurun Sedikit Tengah Hari

Next Post

Wanita OKU Mangsa Culik Ditemukan Mati Di Ipoh

Related Posts

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

05/09/2024
0

PENAMPANG - Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di...

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

03/08/2024
0

PUCHONG - Penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial secara dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi...

Next Post

Wanita OKU Mangsa Culik Ditemukan Mati Di Ipoh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd