• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Atas Tanah Wakaf, Peluang Miliki Rumah

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri disaran membina rumah mampu milik menggunakan tanah wakaf bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah.

Anggota Parlimen Sungai Petani daripada PKR, Datuk Johari Abdul berkata cara itu juga dapat mengurangkan harga pasaran rumah kerana tanah wakaf tidak mempunyai kos.

“(Contohnya) di Pulau Pinang ada banyak tanah wakaf dan sepatutnya kerajaan negeri mengambil kesempatan ini untuk membina rumah yang elok dan dijual dengan harga rendah mengikut harga yang dibina.

“Kalau nak untung pun mungkin setakat 10 peratus sahaja kerana ia adalah tanah wakaf dan tuan tanah pun nak buat wakaf,” katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Bajet 2018 yang disiarkan selama sejam di RTM1 malam ini.

Program yang dihoskan Datuk Dahlan Maamor itu turut menjemput anggota parlimen Mersing yang juga pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bagi membincangkan inti pati Bajet 2018.

Senada dengan Johari, Abd Latiff berkata wakaf tidak menekankan konsep kewangan kerana ia adalah berasaskan dividen keuntungan akhirat.

“Orang yang membeli akan mempunyai satu aset dan dia boleh beli sehingga 30 tahun, 60 tahun, 90 tahun sebagai contoh, dan serah balik kepada mutawali iaitu orang yang menguruskan,” katanya yang merupakan anggota Barisan Nasional.

Mengambil contoh Turki, Abd Latiff berkata walaupun pembangunan di negara itu hanya 2.9 peratus tetapi ia banyak menjalankan aktiviti wakaf termasuk mempunyai 40 universiti wakaf.

Dalam pada itu, Johari berkata kerjasama antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri harus seiring termasuk mencari kaedah terbaik membina rumah menggunakan material berkualiti pada harga berpatutan.

Katanya, kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri juga harus ‘berlumba’ untuk menyelesaikan isu berkaitan rakyat khususnya isu perumahan supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa.

Menyentuh mengenai pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas, Johari berkata terdapat perkara yang dipersetujui dalam inti pati bajet itu, namun ada juga yang disifatkan ‘kritikal’ seperti kenaikan harga barang yang dilihat masih tidak dapat diatasi.

Bagaimanpun, Abd Latiff berkata kos sara hidup adalah isu global dan ia tidak hanya melibatkan rakyat negara ini tetapi juga di negara lain.

“Tidak ada mana-mana kerajaan dalam dunia ini yang mampu mengawal harga barang…dan apa yang kerajaan bantu sebagai pengatur adalah berperanan untuk mengurangkan beban rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Johari Abdul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

03/06/2023
0

BANGI: Negara perlu membuat persediaan awal melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis supaya masa hadapan Malaysia dapat menjadi lebih baik. Ikuti...

Ahli Parlimen Sokong Hukuman Tidak Beretika Ketika Sidang

Ahli Parlimen Sokong Hukuman Tidak Beretika Ketika Sidang

05/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong hasrat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mahu mengenakan hukuman berat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd