• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beruang Kebuluran Di Kandang Diselamatkan

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESIAN… Dua ekor beruang yang kelaparan dan kebuluran ini akhirnya merasai kebebasan selepas menghabiskan usia mereka dalam kandang sambil menyaksikan pelanggan makan di sebuah restoran tepi sungai di Yerevan, Armenia.

Misha dan Dasha telah dikurung dalam kandang besi itu selama 10 tahun dan hanya mengharapkan sisa makanan daripada pelanggan restoran terbabit.

Seperti binatang lain, beruang terbabit dijadikan sebagai hiburan kepada pelanggan di restoran atau pusat beli belah seluruh Armenia.

Namun selepas kisah Misha dan Dasha tersebar, orang ramai telah membuat kutipan hinggakan membawa kepada pembebasan beruang yang trauma serta kelaparan itu.

Sebaik sahaja kandang besi itu dibuka, sukarelawan dari British dan Armenia telah menyuntik ubat pelali sebelum memindahkannya ke atas bukit, tempat di mana beruang itu akan menetap sehingga akhir hayatnya.

Jika semuanya berjalan lancar, Dasha dan Misha akan menjadi beruang pertama daripada 80 ekor yang akan dibebaskan dan diberikan kehidupan baru, dalam masa beberapa bulan ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BERUANGrestoran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Beruang Di Hangzhou Safari Park:

Serangan Beruang Di Hangzhou Safari Park:

08/12/2025
0

Penjaga Selamat, Punca Didakwa Berkait 'Food Drive’ HANGZHOU – Rakaman video selama 46 saat yang tular di media sosial memaparkan...

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd