• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Keutamaan Kepada Barisan Nasional

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Barisan Nasional (BN) khususnya daripada gerakan belia, harus mengetepikan sebarang perbezaan dan meletakkan kepentingan pakatan itu sebagai keutamaan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketika membuat gesaan itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata rakyat harus diberi ingatan bahawa hanya BN yang boleh memberi kestabilan dalam politik dan ekonomi negara ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata kekuatan BN adalah keunikannya daripada kepelbagaiannya yang amat diperlukan untuk mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

“Kita dihormati kerana kepelbagaian dan kesederhanaan kita,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam persahabatan anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Sahabat Malaysia (GPSM) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong serta Penaung GPSM yang juga Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A Vigneswaran.

Majlis makan malam itu juga dianggap istimewa kerana keempat-empat pemimpin itu adalah dalam era yang sama ketika Hishammuddin menerajui Pemuda BN. Hishammuddin merupakan Ketua Pemuda UMNO dari 1998 hingga 2009.

“Persahabatan ini sudah sekian lama kerana ia berdasarkan konsep BN sendiri, yang mencerminkan kerjasama politik pelbagai kaum. Saya berharap kesemua dalam dewan ini boleh mencontohi semangat ini dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” kata Vigneswaran.

Sementara itu, Liow, yang juga Menteri Pengangkutan berkata hanya BN yang berupaya membawa negara ke peringkat lebih tinggi.

“Kerana ada kestabilan di bawah pimpinan BN maka dasar-dasar kerajaan dapat diteruskan kita mempunyai kerajaan yang inklusif dan sederhana. Kita tidak membenarkan golongan ekstremisme bertapak di negara ini,” katanya.

Mah, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berharap Pemuda BN dapat membantu barisan kepimpinan negara dalam menangkis persepsi negatif terhadap kerajaan.

“Kita harus membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan Malaysia tetap bersatu dan tidak terjejas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita perlu memastikan Malaysia terus maju,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd