• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Bercadang Naik Taraf Kuantan Jadi Bandar Raya

oleh Ahmad Albab
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri belum bercadang untuk menaik taraf bandar Kuantan menjadi bandar raya walaupun telah lama layak berbuat demikian setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira beberapa kesan akan timbul jika langkah itu diambil termasuk kenaikan kos sara hidup yang akan menjejaskan taraf hidup rakyat.

“Kuantan sudah layak menjadi bandar raya, tetapi saya fikir apabila naik taraf banyak komplikasi lain akan timbul seperti longkang dan jalan raya kena sentiasa selenggara dengan baik.

“Jadi saya yakinkan Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri belum masanya untuk kita berbuat demikian…Saya juga sudah mengadap Tuanku Sultan (Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah) minta perkenan tentang perkara itu.

“Kalau kita nak naik taraf esok pun boleh kerana kita dah layak baik dari segi kutipan hasil, bilangan penduduk serta kemudahan asas dan institusi pengajian tinggi (IPT), tetapi kita kena kaji kesannya ke atas taraf hidup rakyat,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Adnan berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Andasura Rabu (PAS-Beserah) yang bertanyakan kesan ekonomi dan sosial kepada penduduk setempat jika Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Kuantan.

Sebelum itu dewan turut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak bahawa MPK telah memenuhi 11 syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menjadikan Kuantan sebagai bandar raya.

Antaranya termasuk mempunyai penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang, mempunyai sumber pendapatan dari sumber kewangan yang mapan dengan hasil tahunan yang tidak kurang daripada RM100,000 juta serta mampu mengimbangkan perbelanjaan.

Selain itu Kuantan turut mempunyai pusat perindustrian, insitusi kewangan, kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan bagi kemasukan pelabur serta kemudahan perhotelan bagi menggalakkan kegiatan pelancongan dan urusan perniagaan.

Mohd Soffi berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Fong Koong Fuee (BN-Cheka) yang bertanyakan sama ada Kuantan telah memenuhi kriteria penarafan sebuah bandar raya dan adakah kerajaan bersedia menaik tarafnya dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

Tags: KuantanPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd