• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Penasihat Hindraf Diarah Bayar RM50K Guan Eng & Ramasamy

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas penasihat kebangsaan Hindraf, N. Ganesan membayar ganti rugi RM50,000 masing-masing kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan timbalannya, Prof Dr. P. Ramasamy kerana memfitnah.

Saman fitnah itu difailkan oleh kedua-dua pemimpin negeri itu selepas Ganesan, selaku defendan, dalam satu sidang media pada 4 Dis 2013 mendakwa bahawa plaintif tersebut telah menghantar kumpulan samseng untuk mengganggu sebuah mesyuarat tertutup sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dihadiri defendan, empat hari sebelum itu.

Hakim Datuk Lim Chong Fong turut mengarahkan Ganesan membayar kos RM25,000 kepada plaintif.

Dalam penghakimannya, Lim berkata wujud unsur fitnah dalam saman itu selepas defendan gagal membuktikan kesahihan dakwaannya pada sidang media tersebut.

Selain itu, hakim itu berkata alasan pihak defendan yang membuat sidang media bagi kepentingan awam juga tidak diterima memandangkan defendan telah membuat laporan polis tetapi tidak memberi peluang kepada polis untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.

“Tetapi defendan telah membuat sidang media terlebih dahulu dan membuat tuduhan sebelum pihak polis selesai menjalankan siasatan,” katanya.

Saman tersebut difailkan Guan Eng dan Ramasamy pada 2015.

Dalam sidang tersebut yang dikendali oleh ‘Concerned Citizens of the Indian Community’ berkaitan isu krematorium di Lorong Batu Lanchang, defendan mendakwa plaintif telah menghantar kumpulan untuk mengganggu mesyuarat itu.

Guan Eng dan Ramasamy, diwakili peguam Simon Murali dan Kok Yuen Lin manakala Ganesan diwakili peguam S.Tilaga dan dan Yokinee Selvam. – BERNAMA

Tags: fitnahsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Dakwa Jadi Mangsa Serangan Peribadi, Fitnah

Anthony Loke Dakwa Jadi Mangsa Serangan Peribadi, Fitnah

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa beliau menjadi sasaran serangan peribadi dan pelbagai fitnah sepanjang...

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan Johor dengan terpengaruh kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd